Showing posts with label reminder. Show all posts
Showing posts with label reminder. Show all posts

Wednesday, April 24, 2013

silence

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful



PMS dtg balik.
mixed feeling again.
hm

stay silent is better sbb kalau aku ckp, mesti la org slh phm.
tak pon aku slh ckp.
atau pon aku ckp sparuh lps tu org slh phm
typical anis syahirah.


reminder utk diri sendiri yang mudah alpa.


dear FW,
I know I`ve been harsh on you.
I dont know what`s into me lately.
I`m sorry.
rasa diri tak berhati perut
i feel bad.
:'(



Saturday, November 17, 2012

another incidents

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

ok another incident happened.
semalam surinie cte yang msu kena rompak.
disebabkan skrg ni tgh musim registeration kat msu dan student bayar yuran, so banyak la duit dalam ofis.
tibe2 ada orang budak masuk ofis. 
ingatkan student tapi tibe2 dia keluarkan pisau acu kat leher officemate surinie. 
luckily bukan surinie.
tapi dalam tu ada 6 orang je and she`s one of them
kau gilaa kalau tak fobia orang acu pisau kat leher.
banyak la jugak lesap.
80K
lepas tu kena bambu dek bos.
hello mr. bos nak buat ape lagi masa tu. 
nak suruh lawan ?
hm, kiranya tu macam dah gadai nyawa.
luckily all are save.

then, petang tadi kat lab prostho.
nak buat peripheral seal kat acrylic guna green compound.
so kena cairkan compound tu.
nak nyalakan sibertaya tu dah satu hal takut. fobia.
ni kena connect heater kat power supply.
meletup. ok, exaggerate sangat. terbakar la suitable word (?)
ok, salah aku jugak.
air terlebih kot. lepas tu terletak dalam air dulu before connect kat power supply.
tak berniat nak nangis pon.
cumanya fobia pasal kes ummu tu datang balik.
T_T
dah la sebelum tu aku dah pk bukan2 dah. 
terbayang api besar ape nth dalam fikiran. 
*sigh*
dejavu barangkali.

dan terharu bila semua orang tnya aku ok ke dak. wuwuuw

dan tadi, rafiq selaku ketua kelas, cadangkan satu kelas wat solat hajat berjemaah lepas habis lab.
mendoakan ummu cepat sihat, dan pasal isu gaza.
ok bergenang kot bila rafiq baca doa tadi. 
tataw la jiwa sensitif kot sekarang.
senang je keluar air mata.
hmm.
ok, lamanya tak berjemaah dengan budak laki jadi imam.
eceh, macam la selama ni asyik solat jemaah ngn budak laki.
-.-'
ni kena cari imam cepat2. ok sempat lagi tu

ok, due to punishment, i will not be able to tell you about this. if you happen to read this, ok. because i am not gonna tell you. hee btw, punishment is punishment. tak boleh tarik balik

Tuesday, November 13, 2012

tragedi Asnan Gamil :'(

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

siapa sangka, 2 hari lagi kita umat Islam nak smbut tahun baru, awal muharam, satu tragedi yang benar2 memberi kesan kepada budak2 Asnan Gamil. budak2 kelas aku. *aku tahu ayat aku skema nak mati tapi aku dah tepu ayat bm dah hari ni*

tahun nii, dah 3 tahun aku study kat mesir. Tahun Dua Pergigian. life as a dental student, mmg tak dapat nak lari dari api, sibertaya (pelita), alcohol, wax etc. dari pre-dental lagi, setiap minggu dok bawak alcohol, sibertaya, wax p kelas. 

sape sangka, hari ni, sibertaya meletup. alcohol dalam tu tersimbah ke baju sorang budak kelas aku. ada satu lubang kat sibertaya yang tertutup menyebabkan pressure dlm tu increase. tu yang explode. satu group dengan aku. dok depan aku. trauma pagi tadi tak hilang lagi ni. terbayang-bayang saat api menyambar baju ummu. Allah Allah.

satu kelas hilang fokus, satu kelas dalam trauma, satu kelas tergamam. lebih2 lagi aku yang tengok macam mana dia disambar api dan keadaan dia kat hospital sebelum doktor balut muka. ada akak medic cakap 3rd degree burn. ada yang cakap 2nd degree burn. nth aku pon tataw. kalau 2nd degree burn, paling painful. kalau 3rd degree burn, painless tapi dah sampai full thickness of skin.

aku tak dapat nak bayangkan aku kat tempat ummu. api menyambar badan. aku yang guna api untuk wat shellac special tray tu pon dah pedih2 menjerit satu rumah, ni baru panas kat dunia, belum lagi panas kat akhirat. T__T

quiz ortho doctor yang carry marks tu mmg hancur la. tembak ikut sesedap hati je. ye lah kepala mmg dah tak boleh fokus. terbayang2 kejadian td. sampai sekarang asyik dok rewind dalam kepala. aku memang salute la kat metot. reflex action dia sangat lah laju. aku dok static tataw nak buat apa. kaki taknak bg kerjasama. cumanya aku kalih belakang cari ismah. terus peluk dia. air mata tak dapat nak tahan kot T__T

so, mohon kita semua doakan ummu. mana tahu antara kita, Allah pilih doa dia untuk dikabulkan.

اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً

" Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak 
akan kembali penyakitnya

Ya Allah, berilah kekuatan dan ketabahan kepada UMMU NABILA BT SUHARDI, sahabat aku yang dipilih untuk diuji Allah. moga ummu terus kuat. semoga kami jugak kuat nak bagi moral support kat dia. :)

Monday, October 15, 2012

it is too late

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

kenapa eh lately selalu sangat terdetik dalam hati macam menyesal je datang sini. T__T nak menyesal pon dah terlambat dah kakak oi. dah 3 tahun dah dok sini. kalau nak menyesal, menyesal tahun pre dental dulu. tu aku boleh terima. oh kenapa ?

sering kali terdetik, kalau aku x terima datang mesir, mesti aku study kat usim. dentistry jugak. facilities tip top. senang nak communicate. ye la cakap bahasa melayu. senang nak cari gigi, dekat ngn family and friends. masuk tahun 2 ni, most lecturer dah ajar dalam arab. sebab nya tahun depan dah clinical year. deals with patient. so arab mmg kena tip top. tapi aku ? hmmm. 

dari berpuluh2 patah perkataan lecturer tu, 2 3 4 5 6 patah je dapat tangkap maksudnya. oh pathetic gila. kalau pon aku paham, nak reply balik tu satu masalah bg aku. nangis 2 tangki. 

dulu orang cakap, aku pon cakap kat orang  ada la hikmahnya tu Allah campak kan kat Mesir. dulu aku mcm dah boleh nampak samar2. tp, hm nth kenapa mcm kabur balik. nyah kau setannnnnn  jahatnya ada perasaan mcm ni. astaghfirullah

padahal baru 2 minggu sampai mesir tp rase mcm dah 3 bulan sampai mesir. jadual dah makin pack. hari ni kul 8.30-5.30 without gap. daebakk. balik td energy lupus trus. haha. amik kau guna perkataan lupus. bangga cikgu bm aku. siyesli letih gila perut masuk angin, dada pulak sakit. jangan la sakit tu dtg lagi. eleh mcm la serious sangat penyakit konon. haha

tengok la jadual ni. mau pengsan hari sabtu ngn isnin balik maghrib. -.-


Sunday, September 30, 2012

ukhuwah

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

rase terpukul dengan kata-kata fahmi dalam belog beliau.
hmm.

ukhuwwah kita ini akan diuji. 
Mungkin kita akan lupa sesama kita, mungkin kita akan tak ambil berat akan sesama kita dalam 2 atau 3 tahun dari sekarang. 
Masa itu baru sahabat-sahabat akan sedar atas dasar apa pegangan ukhuwwah yang sahabat-sahabat bina dalam hati sahabat-sahabat. 
Andai yang ditanam itu benih cendawan, pasti kan tumbuh cendawan di kemudian hari.
Andai di hati itu ukhuwwah nya kerna Allah, maka bertemu dan berpisah kita jua kerana Allah.
 sebetulnya, rasa marah aku mmg dah lama hilang. cumanya ego aku yang menyebabkan bnda ni jd berlarutan. ohh ego yang tinggi haruslah dihapuskan dengan segera.

sebetulnya juga, aku rindu dia. ekceli bukan marah pon cuma terkilan. terkilan sangat sumpah tak tipu. nth la mungkin salah aku. atau mungkin jugak salah masa dan keadaan ?

berbaloi ke kau nak gadaikan 14 years-old-friendship gara2 ego kau yang tak bertempat tu ?

and now, aku rase awkward. awkward sangat.

kau pk la budak. besar dah. dah boleh pk sndri.

Saturday, September 29, 2012

koreaa

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

fuhh, at last, malaysia sweet mesia. just hot back from korea last 2 days. well, i can say, korea is very beautiful-clean country. what i like the most, their toilets. bersih gile nak mampus. even takde air dalam mangkuk, like toilet kat mesir have, tapi mmg sangat2 selesa la. siap diorang boleh makan2 lagi dalam tu -.-

i learn a lot from this trip :

a good leader is willingly to take all the responsibility of his co-worker. sorang co-worker wat hal, dia yang kena tanggung. it is such a big responsibility to be shouldered of. hanya orang yang hebat saje yang boleh galas benda ni.

pls show some respects to the ppl who is talking in front. at least, if you dont want to listen, then just stay silent. mmg pantang aku la kalau org tgh ckp kat depan, orang lain bising kat belakang.

not all ppl we can mingle with. lain orang lain cara, lain pandangan. just respect. bear that in your mind, young lady !!

think before act. pikir dulu sebelum bertindak. kalau tindakan tu menyusahkan orang lain, pls think twice. or more.

solat tiang agama. pray is a must wherever we go. 

tak semestinya orang yang pakai tudung tu lagi mulia, lagi bagus dari orang yang tak pakai tudung. jangan pandang slack. Ya Allah, kurniakan lah hidayahMu untuk dia mengikut suruhanMu. aminn

hidayah itu milik Allah. kalau Allah ckp kun fayakun, tak de sape boleh halang, boleh pertikai ketentuan Allah tu. tibe2 rasa nak nangis bila dgr chu kata ada orang yang nak convert to Islam masa p kat masid itaewon. i missed her in just 2 seconds. bila dgr chu cte yang dia shakes hand dgn beliau tu, terus dtg prasaan yang undescribable. chu asked her, `are you muslim ? and she replied, not yet but will be. oh indahnya aturan Allah

bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah. jangan nak plastik surgeri sangat laa.

if you want to succeed, discipline is a must. A MUST. so keep that in mind,

banyak la senanya tapi aku dah x ingat daah. haha. teruk betul. indeed, betul la orang ckp, jauh perjalanan luas permandangan. :)

kan best kalau bila setiap kali idea muncul je, automatik blog dah tulis. takde la penat sgt nak taip. haha. ape punya orang la budak ni.

rase mcam malas nk upload gmbar byk2. gilaa laa gmbar ade dlm 3000 ++ gambar. pengsannn. 





 kyongbook palace. alaaa, yang dalam cte moon that embrace the sun tu laa. yang tempat maharaja bersinggahsana


ni tempat beckham salin baju masa world cup 2002 ke kalau x silap.

hoho, this is nami island. winter sonata mali. hehe

masterkimchi chef. learnt how to make kimchi. tak belajar pon takpe. kimchi is sooo not my taste. 

everland. hehe. ala2 disneyland la ;p


kat teddy bear museum, jeju island

ni kat seopjikoji. lawa gile tak tipuuuu. air jernih gilaaaa sampai dasar pon boleh nampak. :)



ni plk kat sunrise peak aka seongsan ilchubong. tmpat ni unesco heritage. wlpon x smpat nak sampai bawah sbb tak cukup masa, tp dapat tgk scenery pon jadi lah kann drpd takde langsung.

yang ni kat cheonjyeon water fall. maksudnya, bridge between earth and heaven. tinggi dia 22 m. jauh la jugak jalan sebab waterfall ni luas. hee

ok ni kat mystery road. kenapa mystery ? sbb road ni kita NAMPAK macam mendaki. tp bila kita matikan enjin, bas tetap bergerak naik. sebab ape ? sebab optical illusion. kita nampak je mcm mndaki tp sebenarnya rata je, haha. aku pon pening kenapa kalau rata, bas tu bergerak ke depan. stay je la kat situ. mls nk pk, iyekan je laaa. hahha

sumpah aku benci gile kat dragonhead rock ni. kenapa la boleh jadi tmpt plncongan ? -.- batu tu takde rupa pon mcm dragon. bosan gilaaaa naseb baik 15 minit je kat sini. sumpah takde mood nak amik gambar. hahahahahah. proven, tgok gmbar bawah betapa bosannya p sini. hahah





this is sungeup jeju folk village. overall, tmpt ni pasal rumah korean zaman2 dulu. simbolik sungguh. mcm gmbar kat atas, kayu 3 batang yang konon2 nya pagar tu ada maknanya. bila 3-3 batang diletakkan ke bawah mcm gmbar atas tu, maknanya welcome to the house. kiranya silakan masuk la. haha. yang lain aku dah tak ingat. padan muka sapa suh x bwk notebook. haha




 guess what ? this is nami island. winter sonata film location. wuuu terujaaa. tp kan a lil bit boring sbb tgok pokok kayu je. hahaha. skrg ni early fall. so takde daun2 kuning smua :'( boleh bajet mcm ala2 hindustan laa kira disebalik pokok tu ;p

ni kat mount soorak. naik kabel car. chu ckp kat genting lagi takut naik cable car. yang ni sumpah tak rase pape. i mean rase takut sbb dia laju. x sempat nak feeling lebih2. kat sini, masa ni takde pape yang menarik pon sbb nya this is the place where ppl main snow. tapi tak lama pon kat sini. naseb baik. haha

 alahai x nmpak presedential blue house. mcm ala2 putrajaya la. pusat pentadbiran. msa ni sophie, the tour guide ckp mybe la helicopter kat atas kpala ni bwk president korea. nth la labuuu. haha

yang ni national folk museum. ade pasal sejarah korea la. adat2 kawin smua, pakaian korea, hanbook, alahh tipikal museum. haha

haa, yang ni seoul world cup stadium. repeat, world cup. rasenya thn 2002 kot world cup ni. mase tu beckham ade lg. amboi, solat kat tmpt bechkam salin bju ;p gatal di situ. haha

kat sini x snap gmbar pon sbb too tired. x naik pon sedih sobssss tak jejak jgk la tmpt gu jun pyo ngn geum jan di :(

ok, sekian saya melaporkan :p

Tuesday, September 18, 2012

eh ?

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

back off anis syahirah back off
just back off.

jangan nak mencapub dalam masalah orang boleh tak ?
had enuff kan ?
learn from mistakes la budak.

oh jangan lupa doakan aku dan the rest nk g travel ni.
alahai, byk plk masalah trip ni.
doa je la selamat p selamat balik.

and you guys (parents,relatives, housemates, bff, you) pls remember that I lovee you.
mintak maaf salah silap.
pls tell my parents that I`m sorry for not being a good doter. mak abah are the best
macam tinggal wasiat pulak dah.
-.-

Saturday, September 8, 2012

her

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

rasa bersalah ada prasaan macam tu.
I should never ever think like that in the first place.
I`ve sinned towards her
yeah I know it was all my fault.

kau dah 20 tahun.
dan 20 tahun ni jugak la kau dah kenal dia.
kau patutnya paham perangai dia macam mana.

she may not show her love,
but I know she really care.
because she is the one who gives birth to you.

she may look like she doesn`t care,
but I know she is the one who is very curious towards her children.
bukti dah ade depan mata.
tgok la cara dia investigate pasal izzati ngn budak pulau perhentian tu.
HAHA di situ.
*if you know what I mean*

yeah, surinie was right.
that is her way of showing love.
and I should understand.
not being a crybaby.

she, whom I love the most.



and I know I love her
very much.
with all my heart and soul.
with no doubt


Saturday, July 28, 2012

hm bila la nk jd mcm ni

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

bila nak jadi pemurah ni anis syahirah ?
T__T

p/s : oh sayu pulak bila dengar suara tadi. biane. terpaksa menghampakan permintaan. :'(

Wednesday, July 25, 2012

result first year dentistry

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

24 Julai 2012
glup, result final untuk first year dentistry kuar.
natijahnya, syukur, Alhamdulillah ya Allah.
what more can I ask.
walaupun bukan yang tertinggi, tapi aku tahu itu yang terbaik.
Allah knows the best.

He knows what I need the most, not what I want the most :)
mybe it is a sign that I should never kills the time dengan duk depan laptop. HAHAH

dah lepas, tak kena dhur tu pon dah sangat2 bersyukur dah.
setimpal la kan dengan usaha last minit kau tu. hehe
usaha last minit, ade hati nak mumtaz.
piraaahhh la anis syahirah !

ok, exam anat sangat la tragis.
dah dah taknak pk dah final lepas.

kepada sahabat2 yang sukses, alf mabruk.
kepada sahabat2 yang ditangguhkan kejayaan, ingatlah doa kami sentiasa bersama kalian.
kuatkan semangat.
insyaAllah kita naik tahun sama2 :)

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan mereka. Jangan persulitkan ~

Wednesday, May 9, 2012

kosong

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

rase macam dah lama tak dapat makanan rohani. 
T___T

ape ni anis syahirah. rase kosong je. ye la sehari-hari kau buat ape je ? 
tdo online makan tdo online makan.
semua dah berlebih lebihan dah nampak gaya.

cube lah wat bangun malam, baca quran lebih sikit, zikir, 
JANGAN LAGHA !!!

oh rindunya bulan itu.
bulan penuh barakah
RAMADHAN.

teringin nak puase kat Mekah.
moga impian nak jadi tetamu Allah dikabulkan Allah.

“Allahumma sallimni ila ramadhan wa sallim li ramadhan wa tasallumahu minni taqabbalan” 
(Ya Allah selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan ke depan, dan pertemukan untuk bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan)

Saturday, February 18, 2012

hakikat hidup.

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful


Hakikat yang hidup pasti akan mati kan ? 


Usia yang berkat,
Pendeknya bermanfaat,
Panjangnya melimpah kebaktian

Allah Allah Allah, kematian tu sangat dekat dengan kita. Hari hari dengar berita kematian. Dengan isu Syria, Palestin dan lain-lain, Beribu-ribu umat Islam mati syahid. Moga kalian ditempatkan diletakkan di tempat yang sebaik-baiknya. 

Sebaik je kita dilahirkan `kuakuakua` nangis, ayah akan azan kat telinga kanan dan iqamat kat telinga kiri. Dan bila kita meninggal dunia, kita akan disolatkan. Hidup kita ni singkat je kan ? Seolah-olah di antara iqamat dan azan dengan solat je. Allahu Rabbi. Hidup macam persinggahan je. Matlamat kita kat sana kan ? Kat Akhirat yang kekal.

Katakanlah, ‘Sesungguhnya kematian yang kamu lari dari padanya, maka sesungguhnya 
kematian itu akan menemui kamu.” ( Al-Jumu’ah: 8).

Allah, ingat mati dapat pahala besar. Sebab ape ? Sebabnya, kita akan melupakan keseronakan kat dunia yang sementara ni. Fokus kat Akhirat. Malaikat maut melawat kita 70 kali dalam masa 24 jam. Allah, kalau kita nampak malaikat tu, nescaya kita nak beribadat 24 jam. Tapi sebab malaikat tu makhluk ghaib, kita tak nampak, kadang2 kita lupe, kita lalai.

Bila dah sampai ajal kita, tanpa delay sesaat pon, nyawa akan terpisah dari jasad.

`Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu (ajal), maka apabila telah datang waktunya (ajalnya) mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak pula mempercepatkannya`. (Al-A`araaf :34)

Sebenarnya, pointnya, nak cakap yang Ayah Lie meninggal dunia petang tadi. Al-Fatihah kepada arwah. Terkejut jugak sebab baru je 2-3 hari lepas dengar arwah masuk hospital. Then, masa kol abah 2 hari lepas, abah kat hospital ziarah. Sape sangka, summer break lepas, kali terakhir jumpa. Moga Mama Nun dan keluarga tabah meniti hari-hari tanpa arwah di sisi. 

InsyaAllah, arwah bersama orang-orang soleh di sisiNYA.

Peringatan untuk diri sendiri jugak. Muhasabah diri balik. Muhasabahkan macam charger kehidupan :)


p/s : Happy growing old, Azyan A.Aziz. No more teen years, bebeyh. Saranghae, unnie :)