Showing posts with label exam. Show all posts
Showing posts with label exam. Show all posts

Monday, July 1, 2013

#13

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

happy 13th XP

lambat sebab sekarang x layan laptop dah. ahaha. padahal internet lembab gile. 
sakit hati je online ngn laptop

exam is finished. phew. so skrg tgh cuak takut kena dhur. nauzubillah la kan :(

Friday, May 31, 2013

oh kenapa ?

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

little did i know the presence of particular people could effect me so much.
haila, exam sebulan lagi kot.
macam mana nak survive ?
eh hello, jangan nak mengada sangat la anis syahirah.

aku dah langgar prinsip sendiri.
kenapa boleh nangis sebab that particular people ?

Thursday, April 18, 2013

wedding and #11

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful


11 april 2012
rombongan AsnanGamil ke Masjid Salam, Kaherah. bukan untuk solat jumaat kat situ tp untuk p majlis akad nikah Hafizah. woot2 madam pertama AsnanGamil. 2 hari sebelum tu, ada majlis berinai. dgr ucapan mak fizah,

`mak mana yang nak anak dia kawen awal. kalau boleh nk la anak tu habes study dulu, kerja ape semua tu. tapi bila hafizah kol cakap kat makcik, mama, kakak dah buat istikarah. dialah jodoh fizah. hati ibu mana yang tak tersentuh`

terus mencurah2 air mata. malu woit. dah la pengantin sndri yang nampak. wawawa. bukan nak nangis pon. sebak lps tu air mata ni x menahan nk kua. wakaka. tu baru hafizah yang kawen. kalau Azyan ke Afifah ke Ain ke yang kawen, mau banjir satu tanta. hahaha. ok korang, stick kat deal rumah. jgn kawen smpai habis blaja.

actually post ni patutnya dah seminggu dah tulis karang ape semua. tapi malas gilaaaaaaa nk bukak laptop. skrg ni on guna ipod je. smart phone takde maklum la kan. hahha. bila dah basi post ni, mmg x panjang la kan karang pon. hahaha. barakallahu lakuma fizah dan ustaz ipar. semoga bahagia hingga ke jannatul firdausi.

so AsnanGamil yang lain, bole la cop nombor lain pulak. 1 down 45 more to go. hikhik. coming soonnnn ramai lagi ni. hahha.

minggu depan, penuh dngn xm practical. hari ahad tu, practical oral patho yang sgt banyak slidenyaaa. hari isnin tu, ada 3 xm. practical ortho, quiz carry mark prostho, practical prostho. maka, arwah laaaa minggu depan. jom nangis bersama2.

eh btw, happy 11th. :) long journey to go.

Wednesday, January 16, 2013

a new smile after almost 2 years :)

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

15 January 2013

marks something in one of the chapters of my life. Listen listen listen !!! aku dah merdeka hoi setelah dekat2 2 minggu bergelumang dengan monster2 exam yang menkautkan itu. hehe. books, see you soon after 2 weeks. or mybe more than that. cuti dah hoi buat ape nak bukak buku. hehe

semalam lepas lepas habis exam tu p mansoura setelah melantak ayam al-baik. ye la dekat sebulan jugak la x g tukar rubber band tu. naik geli pon ada dah. hehe. sampai2 decide nak jumpe Dr Hafiz sebab nak tnya bila aku boleh bukak braces. sebab hanya dia yang boleh tentukan aku boleh tanggal benda laah tu bila. Dr Hafiz ni payah sikit nak jumpe dia. nak jumpe dia kena tunggu lama sebabnya dia dekat2 maghrib baru masuk klinik. maklum la, bos. haha

jumpe2 tu belum sempat Dr nak buat ape2, terpancul soalan keramat. Dr, when can I remove the braces ? dia check2 occlusion aku ape semua, lepas tu dia cakap, boleh bukak hari ni jugak. congratulations. haha. mau nya tak terkejut beruk sebabnya aku x prepare mental fizikal. haish doktor ni. macam tak percaya pon ada. haha dramatik la pulak

sebelum masuk tu aku dah bayar 900 genih. so hutang aku ada 2000 genih lagi. ulang suara, DUA RIBU genih. T__T mana nak cekup duit ni. :'( memang dah tahap tinggal negatif dah duit ni. nangis air mata darah 3 tangki. tapi naseb baik jugak buat awal-awal sebab sekrang harga dah naik. metallic mcm aku pakai ni dah jd 6000 genih instead of 5500 genih. kalau ceramic tu dah jd 6500 genih instead of 6000 genih je.banyak kot 5500 genih tu. orang kaya takpe laaaa buat ceramic -.-

ok enuff dah pasal complaint x cukup duit ni. complaint2 pon bukannya duit tu beranak tibe2. lain la kalau mak tibe2 nak sponsor anak dara dia ni. hikhik :p

ok back to pakai braces. start pakainya 17 april 2011. lagi 3 bulan cukup 2 tahun pakai. mak aihh, lama kot. kalau ada anak kecik, hampir semua dah gigi susu dah tumbuh. hahah. x pasal. (padahal 2.5 tahun baru semua gigi susu tumbuh) time2 pre dental dulu punya la rajin hanya Allah yang tahu kalau bab2 p mansoura ni. seminggu sekali weyh. hahahha. masuk first year, 2 minggu sekali. masuk second year, hambik kau sebulan sekali. hahahah. dari tambang pejot (kete) yang 5 genih je dulu2, tibe2 naik jd 6 genih. -.- duit lagi. sebab tu la aku pokai sekarang ni. hahah. x pasal2 

mula2 pakai dulu, sakit gigi tu tak yah cakap la. azab weyhh. haha. nak makan pon payah. makan bubur je hari2. haha. kalau la sepanjang pakai braces 2 tahun ni aku makan bubur je. memang confirm la lagi kurus dari snsd. hahahhaha. tapi masalahnya, makan tu tak ingat dunia. semua benda nak makan. -.-'

dulu kan, masa mula2 pakai macam2 feeling ada. pernah terdetik kat hati aku buat keputusan yang salah bila pakai braces. tapi lepas dapat semangat dari surinie, aku teruskan jugak. hahah. tolong la jgn dramatik sgt ayat tu. lack of motivation kot. hahaha. ape la anis syahirah ni -.-

kalau dulu, pening nak pilih warna ape. macam2 ada. mix biru pink la hitam pink la bla bla bla. tapi last sekali aku pilih merah. kalau la tahu tu last boleh pilih, nak je aku mixkan warna pepel ngn kuning. hahahha

sabtu ni kena p mansoura lagi. amik retainer. kena g cepat2 sebab gigi aku mcm dah gerak sikit. -.-' lagipon ahad ni dah say ehllo tu malaysia tercinta. eh ? hahha. tu pon masalah jugak, ingat kucing, anjing ngn jerung he ke yang ada masalah ? haha semua orang dah p  klinik gigi tu T__T. 

tapi...
kesedihan dalam kegembiraan. rasa down pon ada ni. ini seriuss. hmm

 ain cakap, aku nampak lain bila bukak braces. ye la, tempoh dia tengok aku pakai braces lagi lama dari aku x pakai. hahaha

nah, nak tempek gambar byk2. muntah la tengok gambar aku. haha. x kire nak letak jugak. hehe




sebelum duduk kusi gigi dan selepas cabut braces.

Doktor ni tengah amik impression untuk buat retainer.

penat aku cari gambar aku namapk gigi bile senyum. tak jumpeee T__T ni je yang mampu. kalau zoom tu bole la nmpak sikit gigi. -.- plis excuse my ugliness. haha

lagi satu, aku x cakap pon kat mak aku yang braces dah buang. konon2 nak bg seprais. hahahhahah.

p/s : makan last seblum bukak braces ngn makanan first lepas bukak braces adalah ayam. nampak sangat hantu ayam -.-

Thursday, December 20, 2012

mid term

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

I think I should start studying.
exam is less than 3 weeks.

5 January 2013
Oral Pathology

6 January 2013
Crown and Bridge

9 January 2013
Orthodontics

10 January 2013
Conservative Dentistry

12 January 2013
Pedodontics

14 January 2013
Pharmacology

15 January 2013
Prosthodontics


hambik kau, berderet exam in row. wuwuwuwu. so kena la study awal2. erkk, ni kira awal ke. teruk teruk. baca awal2 pon bukan masuk pon. HAHAHHA. ape la ini budak. mak pulak yang beriya-iya salin tarikh aku nak exam. tapi ape aku buat ? tengok movie. niceeeeeeee. nangis setangki. insaf kejap. kejap je biasanya.


dapat study room macam ni mau x keluar bilik. study ke keje. haha. bajet2. comelnyaaa white and purple. kikiki ~

moga kali ni, Allah jemput jadi tetamu DIA. doakan. :)

p/s : sabar je la. ortho tu essay untuk 5 markah je. T__T

Wednesday, July 25, 2012

result first year dentistry

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

24 Julai 2012
glup, result final untuk first year dentistry kuar.
natijahnya, syukur, Alhamdulillah ya Allah.
what more can I ask.
walaupun bukan yang tertinggi, tapi aku tahu itu yang terbaik.
Allah knows the best.

He knows what I need the most, not what I want the most :)
mybe it is a sign that I should never kills the time dengan duk depan laptop. HAHAH

dah lepas, tak kena dhur tu pon dah sangat2 bersyukur dah.
setimpal la kan dengan usaha last minit kau tu. hehe
usaha last minit, ade hati nak mumtaz.
piraaahhh la anis syahirah !

ok, exam anat sangat la tragis.
dah dah taknak pk dah final lepas.

kepada sahabat2 yang sukses, alf mabruk.
kepada sahabat2 yang ditangguhkan kejayaan, ingatlah doa kami sentiasa bersama kalian.
kuatkan semangat.
insyaAllah kita naik tahun sama2 :)

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan mereka. Jangan persulitkan ~

Sunday, July 1, 2012

:'(

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

dah lama rasenya x bebel panjang2 dalam ni. tataw la, macam dah hilang rase nak hupdate cte. ceyh, macam la sebelum ni bebel panjang pon. -.-

fuh, esk officially nya habis final tahun 1 dentistry. hari ni habis written final microb. esok oral plk. fuh sebulan lebih exam, kepala macam dah nak meletup.

tataw la tapi tadi rase bengang sikit bile jawab microb. dah la banyak yang lupe. padahal ingat je benda tu kat muka surat mana. terbayang dalam kepala. tpi yang kecik bawah tu langsung lupe. Ya Allah ~ tambah lagi saiko ngn orang yang keluar awal. apesal la diorang boleh jawab smooth je tapi aku ? -.- tercungap2 jugak la tadi.

antara orang last jugak la kua dewan. bengang kat makcik makcik yang jaga exam tu. patutnya exam 3 jam. 10.30-1.30. tapi sebab semua orang kuar awal, makcik tu suh kua awal jugak. `Aiwah, please finish your exam` ade lah berpuluh2 kali jugak makcik tu cakap mcm tu. sape tak pressure. nak pk pon memang x kua la kan. rase bengang gila sampai terzahir kat muka. haha. tapi siyes makcik, saya rase bengang tadi. patutnya  lagi sejam tu hak saya. makcik takde hak nak suh saya hantar awal hanya sebab makcik nak balik awal. ~!@#$%^&*(*&^%$#@!

astaghfirullah, mungkin sebenarnya saya bengang ngn diri sendiri tapi saya melempiaskan amarah tu kat makcik. salah sape yang tak study awal awal ? okay, mungkin ade hikmahnya.

Ya Allah, bantu aku untuk merasai manisnya nikmat bertawakkal kepadaMu. Ya Allah, bantu aku untuk kuat menerima ape sahaja natijahnya nanti. mungkin tahun ni pengajaran untuk aku terus berusaha dari awal tahun lepas tu istiqamah jangan separuh jalan je.

dah la nak2 habis exam baru tahu benda penting ni. PCT post kat FB
lagi la rase nak menjerit

Berkenaan dengan sistem peperiksaan dari Tahun Prapergigian sehingga Tahun 3, jika tidak lulus 3 subjek semasa di durr awwal, tidak dibenarkan untuk durr thani dan dikehendaki mengulang tahun dengan subjek tersebut.

Jika 2 subjek sahaja tidak lulus semasa durr awwal, dibenarkan untuk durr thani, dan hendaklah lulus kedua-duanya untuk membolehkan naik tahun.

Carry paper’ tidak dibenarkan.

Tarikh keluar keputusan dan tarikh durr thani masih belum diputuskan pihak fakulti.
Yuran perlu dijelaskan untuk membolehkan keputusan peperiksaan dikeluarkan.



lagi la rase nak menjerit -.-

p/s : maap kawan kawan tadi saya diam je kat al-baik :'\

Thursday, May 31, 2012

mental breakdown -.-

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

pernah rase macam kena panggang tak ? well, I`m experiencing it nawwwww. panas gila wa cakap lu. mohon bilik gue dilengkapi dengan sebanyak2 penyaman udara yang boleh. wa terpaksa bangun pada kul 10.09 malam setelah tdo pada jam 9.15 malam. ini semua gara-gara kepanasan tahap melampau-lampau yang gue rasekan malam ini.

gue dah bukak kipas paling max, gue dah bukak tingkap bilik gue, gue dah campak selimut gue, gue dah pakai baju kelawar, gue dah buat macam-macam. tapi gue tetap rase panas malam ni T_T gue tdo awal sebab gue nak bangun kul 11.45 sebab gue tak boleh nak study. panas sangat. at least kalau gue bangun tengah2 malam, rase la sejuk sikit. tapi malam ni gue terpakse bangun dan terus menjerit hinggakan seisi rumah gue terkejut dengan jeritan gue yang macam orang tak berape nk betul sangat gara-gara gue tensen gue nak tdo. dan jugak disebabkan kepanasan yang gue alami ini. semuanya bercampur aduk menjadi satu. gue nak tdo. gue ngantuk.

solusinya, gue terpakse membenamkan diri gue dalam bath tub tengah tengah malam buta ni. tahniah. dan sekarang gue rase agak okay sedikit berbanding tadi. 

tataw la gue berjaya habiskan ke tak baca buku physio yang banyak ini. kira2 8 buah buku semua sekali ye. gue kire2 semua sekali wa harus menghabiskan sekurang2 nya 600 muka surat sebelum gue masuk exam sabtu ni. dan gue rase macam nak explode dah ni. 

depress depress depress -.-

ni gue rase macam nak terbang balik mesia je ni. moga wish gue nak private jet dikabulkan. #kemerepekanyangmerepek#

kenapa la bulan may bukan 32 hari ? oh tidak esok dah bukan june T__T

mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. sabar ye anis syahirah T__T

Saturday, May 5, 2012

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

ada orang cakap,

"Life is an experiment. The more experiments you make, the better."

life is just once though, better make the best out of yourself. (:

p/s: sesungguhnya, kalau anda tak cuba melukis, memang anda tak kan tau anda memang 'berbakat'

Thursday, May 3, 2012

police ke pak guard ke pakcik tengkorak ?

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful


dating ngan pak cik kadever sudah, ngan pakcik tengkorak pon sudah. tinggal nak masuk exam je ni. moga dikuatkan ingatan dipermudahkan semua urusan. moga Allah redha usaha budak2 gigi sekalian :)


asyik teringat kat tiket balik Mesia je. wuwuw. haru betul. sabaq sabaq. exam tak habes lagi ni. :) sudah terbayang bayang satayyyyyy. haha. takde menda lain nak ingat. -.- bila la nak kurus ni asyik makan je. tensen betul ngn mek syaa, ade ke kecewa ngn diri sendri sebab berat turun. tak paham betul. HAHAHA


faa cakap, jangan sebut dah cemek blur nanti jadi blur betul. haruuu !!

Friday, April 27, 2012

kuning dan exam ?

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

malam malam exam ni banyak pulak warna kuning. sakit mata oi. aku dah la x suka kuning. anti sikit. 

malam malam exam ni jugak ramai yang rase tak best. moga Allah bersama kalian dan jugak aku.

Ya Allah, make us strong. Please guide us the straight way. Rabbuna yusahhilna :)

Nyah kau perasaaan stress dan tak puas hati. Thank you twitter and jugak awak yang layan kerenah saya yang tah pape ni. hehe

tiket ou tiket. pening laaa :(

p/s : malas nak carik gamba 

Saturday, April 21, 2012

final practical first year :)

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

esok start exam practical final.

22th April 2012
Physiology Practical 

28th April 2012
Oral Histology Practical

5th May 2012
Anatomy Practical

dah rase bahang stress exam. moga tak stress sangat lah ye kali ni :)

dah tahu tak leh nak coop ngn stress, sila la beli chocs banyakbanyak ye :)
bak kate ada orang tu la kan, chocs increase level of serotonin, happy hormone.
senyum pon same. :))
overproduction of serotonin leads to euphoria. :D

*hypnotised diri sendiri*

rabbuna yusahhilna gigians.
Ya Allah, permudahkanlah urusan kami, jangan persulitkan. 
Rabbi yassir wala tua`ssir

moga Allah redha dengan segala usaha kami :)