Sunday, July 1, 2012

:'(

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

dah lama rasenya x bebel panjang2 dalam ni. tataw la, macam dah hilang rase nak hupdate cte. ceyh, macam la sebelum ni bebel panjang pon. -.-

fuh, esk officially nya habis final tahun 1 dentistry. hari ni habis written final microb. esok oral plk. fuh sebulan lebih exam, kepala macam dah nak meletup.

tataw la tapi tadi rase bengang sikit bile jawab microb. dah la banyak yang lupe. padahal ingat je benda tu kat muka surat mana. terbayang dalam kepala. tpi yang kecik bawah tu langsung lupe. Ya Allah ~ tambah lagi saiko ngn orang yang keluar awal. apesal la diorang boleh jawab smooth je tapi aku ? -.- tercungap2 jugak la tadi.

antara orang last jugak la kua dewan. bengang kat makcik makcik yang jaga exam tu. patutnya exam 3 jam. 10.30-1.30. tapi sebab semua orang kuar awal, makcik tu suh kua awal jugak. `Aiwah, please finish your exam` ade lah berpuluh2 kali jugak makcik tu cakap mcm tu. sape tak pressure. nak pk pon memang x kua la kan. rase bengang gila sampai terzahir kat muka. haha. tapi siyes makcik, saya rase bengang tadi. patutnya  lagi sejam tu hak saya. makcik takde hak nak suh saya hantar awal hanya sebab makcik nak balik awal. ~!@#$%^&*(*&^%$#@!

astaghfirullah, mungkin sebenarnya saya bengang ngn diri sendiri tapi saya melempiaskan amarah tu kat makcik. salah sape yang tak study awal awal ? okay, mungkin ade hikmahnya.

Ya Allah, bantu aku untuk merasai manisnya nikmat bertawakkal kepadaMu. Ya Allah, bantu aku untuk kuat menerima ape sahaja natijahnya nanti. mungkin tahun ni pengajaran untuk aku terus berusaha dari awal tahun lepas tu istiqamah jangan separuh jalan je.

dah la nak2 habis exam baru tahu benda penting ni. PCT post kat FB
lagi la rase nak menjerit

Berkenaan dengan sistem peperiksaan dari Tahun Prapergigian sehingga Tahun 3, jika tidak lulus 3 subjek semasa di durr awwal, tidak dibenarkan untuk durr thani dan dikehendaki mengulang tahun dengan subjek tersebut.

Jika 2 subjek sahaja tidak lulus semasa durr awwal, dibenarkan untuk durr thani, dan hendaklah lulus kedua-duanya untuk membolehkan naik tahun.

Carry paper’ tidak dibenarkan.

Tarikh keluar keputusan dan tarikh durr thani masih belum diputuskan pihak fakulti.
Yuran perlu dijelaskan untuk membolehkan keputusan peperiksaan dikeluarkan.



lagi la rase nak menjerit -.-

p/s : maap kawan kawan tadi saya diam je kat al-baik :'\

No comments: