Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Wednesday, January 16, 2013

a new smile after almost 2 years :)

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

15 January 2013

marks something in one of the chapters of my life. Listen listen listen !!! aku dah merdeka hoi setelah dekat2 2 minggu bergelumang dengan monster2 exam yang menkautkan itu. hehe. books, see you soon after 2 weeks. or mybe more than that. cuti dah hoi buat ape nak bukak buku. hehe

semalam lepas lepas habis exam tu p mansoura setelah melantak ayam al-baik. ye la dekat sebulan jugak la x g tukar rubber band tu. naik geli pon ada dah. hehe. sampai2 decide nak jumpe Dr Hafiz sebab nak tnya bila aku boleh bukak braces. sebab hanya dia yang boleh tentukan aku boleh tanggal benda laah tu bila. Dr Hafiz ni payah sikit nak jumpe dia. nak jumpe dia kena tunggu lama sebabnya dia dekat2 maghrib baru masuk klinik. maklum la, bos. haha

jumpe2 tu belum sempat Dr nak buat ape2, terpancul soalan keramat. Dr, when can I remove the braces ? dia check2 occlusion aku ape semua, lepas tu dia cakap, boleh bukak hari ni jugak. congratulations. haha. mau nya tak terkejut beruk sebabnya aku x prepare mental fizikal. haish doktor ni. macam tak percaya pon ada. haha dramatik la pulak

sebelum masuk tu aku dah bayar 900 genih. so hutang aku ada 2000 genih lagi. ulang suara, DUA RIBU genih. T__T mana nak cekup duit ni. :'( memang dah tahap tinggal negatif dah duit ni. nangis air mata darah 3 tangki. tapi naseb baik jugak buat awal-awal sebab sekrang harga dah naik. metallic mcm aku pakai ni dah jd 6000 genih instead of 5500 genih. kalau ceramic tu dah jd 6500 genih instead of 6000 genih je.banyak kot 5500 genih tu. orang kaya takpe laaaa buat ceramic -.-

ok enuff dah pasal complaint x cukup duit ni. complaint2 pon bukannya duit tu beranak tibe2. lain la kalau mak tibe2 nak sponsor anak dara dia ni. hikhik :p

ok back to pakai braces. start pakainya 17 april 2011. lagi 3 bulan cukup 2 tahun pakai. mak aihh, lama kot. kalau ada anak kecik, hampir semua dah gigi susu dah tumbuh. hahah. x pasal. (padahal 2.5 tahun baru semua gigi susu tumbuh) time2 pre dental dulu punya la rajin hanya Allah yang tahu kalau bab2 p mansoura ni. seminggu sekali weyh. hahahha. masuk first year, 2 minggu sekali. masuk second year, hambik kau sebulan sekali. hahahah. dari tambang pejot (kete) yang 5 genih je dulu2, tibe2 naik jd 6 genih. -.- duit lagi. sebab tu la aku pokai sekarang ni. hahah. x pasal2 

mula2 pakai dulu, sakit gigi tu tak yah cakap la. azab weyhh. haha. nak makan pon payah. makan bubur je hari2. haha. kalau la sepanjang pakai braces 2 tahun ni aku makan bubur je. memang confirm la lagi kurus dari snsd. hahahhaha. tapi masalahnya, makan tu tak ingat dunia. semua benda nak makan. -.-'

dulu kan, masa mula2 pakai macam2 feeling ada. pernah terdetik kat hati aku buat keputusan yang salah bila pakai braces. tapi lepas dapat semangat dari surinie, aku teruskan jugak. hahah. tolong la jgn dramatik sgt ayat tu. lack of motivation kot. hahaha. ape la anis syahirah ni -.-

kalau dulu, pening nak pilih warna ape. macam2 ada. mix biru pink la hitam pink la bla bla bla. tapi last sekali aku pilih merah. kalau la tahu tu last boleh pilih, nak je aku mixkan warna pepel ngn kuning. hahahha

sabtu ni kena p mansoura lagi. amik retainer. kena g cepat2 sebab gigi aku mcm dah gerak sikit. -.-' lagipon ahad ni dah say ehllo tu malaysia tercinta. eh ? hahha. tu pon masalah jugak, ingat kucing, anjing ngn jerung he ke yang ada masalah ? haha semua orang dah p  klinik gigi tu T__T. 

tapi...
kesedihan dalam kegembiraan. rasa down pon ada ni. ini seriuss. hmm

 ain cakap, aku nampak lain bila bukak braces. ye la, tempoh dia tengok aku pakai braces lagi lama dari aku x pakai. hahaha

nah, nak tempek gambar byk2. muntah la tengok gambar aku. haha. x kire nak letak jugak. hehe




sebelum duduk kusi gigi dan selepas cabut braces.

Doktor ni tengah amik impression untuk buat retainer.

penat aku cari gambar aku namapk gigi bile senyum. tak jumpeee T__T ni je yang mampu. kalau zoom tu bole la nmpak sikit gigi. -.- plis excuse my ugliness. haha

lagi satu, aku x cakap pon kat mak aku yang braces dah buang. konon2 nak bg seprais. hahahhahah.

p/s : makan last seblum bukak braces ngn makanan first lepas bukak braces adalah ayam. nampak sangat hantu ayam -.-

Wednesday, April 25, 2012

misunderstanding.

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

but I`m afraid if that someone will mistakenly misunderstanding your good intention.
*haishsayamalasnakfikir*

I`m not being greedy but knowing by heart is not enough

enjoy this :D

*sorry I spoil this and I know it :D*

p/s : I need and I have to be neutral, please my dear heart !!

Monday, April 16, 2012

saya hilang darahh.

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

tibe2 rase nak update pasal blood donation. padahal dah berzaman dah baru nak update. biaselah, tahap kemalasan melebihi tahap kerajinan. hehe.

haa, ni nak habaq mai sat. 15-21 kalau x silap la. ni program gabungan PCT ngn DPMT. ustaz2 la maknanya kan. chop, that`s not the point. chop2 nak highlight jugak tengah2 program tu jugak, x masal2 aku dah tua sikit. sebab 18 mac tu birthday aku. hehe. 

alkisahnya, ingat nak donate blood la 18hb tu sempena dah cukup umo 20 tahun. orang cakap ape, nak la jugak bagi sumbangan untuk orang lain. tapi tup tup van darah tu x datang la pulak 18hb tu. dah frust mcm hape je. last2 20hb tu datang la jugak. so, grab the chance la. hehe. moga dengan darah aku tu, mungkin mampu menyelamatkan nyawa orang lain. kalau ye, alhamdulillah. :)

alaa, mase nak donate tu, TMT (Tanta Medical Team) ada bagi pamplet pasal kebaikan derma darah. tapi biase la anis syahirah ni. kertas tu main selit kat buku mane nth. last2 x jumpe dah. aigooo.

err,  kalau macam ni boleh tak ? nak letak jugak gmbar ni tapi nmpak tangan. so, blur mcm ni aci tak ? ke tak boleh jugak ? -.-

blood is filling up the so called container. hehe

ni haa darah aku. merah mak kau. :) alhamdulillah sihat2

lupe pulak nak state, jarum dia besar gilaaaa nak mati. mau pengsan. haha. dah la sebelum tu ada akak tu pengsan lepas derma darah. ade pulak yang lebam. mak aih, memang kus semangat la. nak give up pon ada rasenya. dah la ada orang tu janji nak teman, tapi lari x sanggup tengok jarum. HAHAHA. melukut di tepi gantang lagi. tapi once aku dah bertekad nak, teruskan je la walau ape pon yang melanda. ecewaah. alhamdulillah everything goes so well according to His plan. tade lebam tade pengsan semua. :) aku rase la kan semua ketakutan tu hanyalah mind set. once dah set mind tu takut, mmg takut la. tapi tu la anis syahirah. ketakutan untuk cakap kat depan tu tak boleh nk get over. sampai bila haa ? sampai bila ?

seingat aku la kan, kebaikan dia ;

mengetahui tahap kesihatan. ye la kalau tibe2 ada penyakit selama ni tataw ke, bila nk derma darah tu, dia wat check-up la. tengok kandungan haemoglobin bape, blood pressure bape etc2. so kalau ada penyakit tu bole la,  dapat kan further treatment

err, mengurangkan risiko sakit jantung ? sebab kandungan iron dalam darah berkurangan. iron ni oksidan yang meningkatkan free radical dalam tubuh. ooo, baru tahu sebab ape wanita kurang cenderung untuk dapat sakit jantung. sebab ape ? sebab wanita ada haid. so, kadar iron dalam badan tu hanyalah 300 mg berbanding lelaki yang kadar iron dalam badan 1000 mg. :) see wanitaa, bersyukur lah. 

lepas tu, merangsang badan untuk menghasilkan sel darah baru. so sel darah baru tu berupaya untuk bawak oksigen dengan lebih efektif.
*ceh, guna bahasa melayu*

ciri-ciri penderma darah. :)

* Berumur 18 hingga 65 tahun.Berat badan melebihi 45 kilogram.


* Tahap haemoglobin sekurang-kurangnya 12.5 peratus.

* Tidak menghidap penyakit kronik.


* Tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma.



* Tidak mengambil ubat antibiotik, kecuali dengan kebenaran doktor.

* Tidur melebihi lima jam pada malam sebelum hari menderma.
*nak highlight yang tu je sebenarnya* memang confirm2 la boleh derma sebab overslept. HAHA
p/s : thankyou for coming here on that day:)

Wednesday, February 29, 2012

-.-

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

Rase bersalah dan berdosa kat diri sendiri. Ok, keliru dengan apa yang aku tengah buat. Aku tak reti bab2 ni. Aku nak consult sape ni ? Nak cakap kat awak-awak sekalian, mcm tak proper je. Tapi dah terlepas ckp dah pon. Tataw nak patah balik macam mana. Screww youu lah, Anis Syahirah. Nak cakap kat anda-anda sekalian pulak, tak reti. Nanti kena tembak balik. Tak suka la mcm ni.

Taw tak macam mane rase geram dengan diri sendiri ?

Ni la pompuan, pk complex sangat. Padahal bole je settle cara simple. Just stop your action !! Tapi ye la, cakap senang, nak buat tu susah. Dont trust your word but your action !!!!!!!

Wake up young lady. Sampai bila nak jadi macam ni ? Sampai bila pon benda ni tak settle kalau asyik mcm ni. Tade courage.

p/s : I hurt my love ones. Sorry for asking that question. Ni la padah tak pk dulu. Mainn caaaakap ikut sedap mulut je

Saturday, February 18, 2012

hakikat hidup.

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful


Hakikat yang hidup pasti akan mati kan ? 


Usia yang berkat,
Pendeknya bermanfaat,
Panjangnya melimpah kebaktian

Allah Allah Allah, kematian tu sangat dekat dengan kita. Hari hari dengar berita kematian. Dengan isu Syria, Palestin dan lain-lain, Beribu-ribu umat Islam mati syahid. Moga kalian ditempatkan diletakkan di tempat yang sebaik-baiknya. 

Sebaik je kita dilahirkan `kuakuakua` nangis, ayah akan azan kat telinga kanan dan iqamat kat telinga kiri. Dan bila kita meninggal dunia, kita akan disolatkan. Hidup kita ni singkat je kan ? Seolah-olah di antara iqamat dan azan dengan solat je. Allahu Rabbi. Hidup macam persinggahan je. Matlamat kita kat sana kan ? Kat Akhirat yang kekal.

Katakanlah, ‘Sesungguhnya kematian yang kamu lari dari padanya, maka sesungguhnya 
kematian itu akan menemui kamu.” ( Al-Jumu’ah: 8).

Allah, ingat mati dapat pahala besar. Sebab ape ? Sebabnya, kita akan melupakan keseronakan kat dunia yang sementara ni. Fokus kat Akhirat. Malaikat maut melawat kita 70 kali dalam masa 24 jam. Allah, kalau kita nampak malaikat tu, nescaya kita nak beribadat 24 jam. Tapi sebab malaikat tu makhluk ghaib, kita tak nampak, kadang2 kita lupe, kita lalai.

Bila dah sampai ajal kita, tanpa delay sesaat pon, nyawa akan terpisah dari jasad.

`Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu (ajal), maka apabila telah datang waktunya (ajalnya) mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak pula mempercepatkannya`. (Al-A`araaf :34)

Sebenarnya, pointnya, nak cakap yang Ayah Lie meninggal dunia petang tadi. Al-Fatihah kepada arwah. Terkejut jugak sebab baru je 2-3 hari lepas dengar arwah masuk hospital. Then, masa kol abah 2 hari lepas, abah kat hospital ziarah. Sape sangka, summer break lepas, kali terakhir jumpa. Moga Mama Nun dan keluarga tabah meniti hari-hari tanpa arwah di sisi. 

InsyaAllah, arwah bersama orang-orang soleh di sisiNYA.

Peringatan untuk diri sendiri jugak. Muhasabah diri balik. Muhasabahkan macam charger kehidupan :)


p/s : Happy growing old, Azyan A.Aziz. No more teen years, bebeyh. Saranghae, unnie :)






Wednesday, February 1, 2012

share

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

Not everything is to be shared

I finally realized it !

Tuesday, January 24, 2012

pi to the em to the es

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

Sape cakap jadi pompuan senang ? Banyak susah maa. Tapi tu la, Allah dah sediakan banyak kelebihan untuk orang pompuan. Nak kutip pahala tu senang je. Masak dengan ikhlas untuk housemates tu dah dikire dapat pahala, gosok baju untuk abah dah dapat pahala belajar dengan consistent pon dapat pahala. Banyak sangat kelebihan tu. Kalau nak kire ngn jari kaki dan tangan, memang x dpt la kan. Lagipun, Allah dah cakap kan, `Maka nikmat Tuhanmu ynag manakah yang kamu dustakan ?`[15:13]. Kalau nak hitung nikmat yang Allah bagi, nescaya tak akan terhitung. X ingat dalam surah ape.

Tapi yang nak cakap kat sini, susah betul bila ada PMS. Ape benda PMS tu ? Ni haaa bendanya ;

Collection of physical and EMOTIONAL symptoms related to a woman's menstrual cycle

Letih taw tak dok berperang dengan emosi yang tak tentu pasal. eheh. Ni tengok simptom dia. Mak aih, semua pasal emosi

TENSION
STRESS
ANXIETY
MOOD SWINGS
DYSPHORIA (unhappiness)
ANGER
FRUSTRATION

Haa, amik ko. Mana tak letih semua main dengan encik emosi yang x pasal-pasal merasuk ke dalam jiwa. HAHA. Dah letih la tibe2 berair air mata =.=

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, cepat la nyah diri hidup guaaa. :( Susah la dalam masa sebulan, 3 minggu dok bergelumang dengan benda tersebut. Adoi



FAITH

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

Whenever you don`t understand what is happening in your life, 
Just close your eyes,
Take a deep breath,
And say,

`Allah, I know it is your plan, I put my trust on your hands`

Allah knows what is the best for His creatures :) 

Sunday, January 22, 2012

Kalau tak dapat apa yang kita suka, sukalah apa yang kita dapat :)

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

Tertarik dan terkesan dengan status kak yanti kat Facebook

Ya,
Ada sesetengah benda,
tak kira sekuat mana kita usaha, kita nak dan kita cuba dapatkan,
tak akan mampu juga kita miliki,
kerana itu bukan yang tertulis dalam rancanaNYA,
kerana bukan itu yang DIA kehendaki.

Bukan sengaja Allah tak nak bagi,
tapi ada sebabnya Allah tak beri.

Cubalah `lepaskan apa yang memang bukan milik kita`,
dan cubalah `terima apa yang memang Allah nak beri`