Monday, April 16, 2012

saya hilang darahh.

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

tibe2 rase nak update pasal blood donation. padahal dah berzaman dah baru nak update. biaselah, tahap kemalasan melebihi tahap kerajinan. hehe.

haa, ni nak habaq mai sat. 15-21 kalau x silap la. ni program gabungan PCT ngn DPMT. ustaz2 la maknanya kan. chop, that`s not the point. chop2 nak highlight jugak tengah2 program tu jugak, x masal2 aku dah tua sikit. sebab 18 mac tu birthday aku. hehe. 

alkisahnya, ingat nak donate blood la 18hb tu sempena dah cukup umo 20 tahun. orang cakap ape, nak la jugak bagi sumbangan untuk orang lain. tapi tup tup van darah tu x datang la pulak 18hb tu. dah frust mcm hape je. last2 20hb tu datang la jugak. so, grab the chance la. hehe. moga dengan darah aku tu, mungkin mampu menyelamatkan nyawa orang lain. kalau ye, alhamdulillah. :)

alaa, mase nak donate tu, TMT (Tanta Medical Team) ada bagi pamplet pasal kebaikan derma darah. tapi biase la anis syahirah ni. kertas tu main selit kat buku mane nth. last2 x jumpe dah. aigooo.

err,  kalau macam ni boleh tak ? nak letak jugak gmbar ni tapi nmpak tangan. so, blur mcm ni aci tak ? ke tak boleh jugak ? -.-

blood is filling up the so called container. hehe

ni haa darah aku. merah mak kau. :) alhamdulillah sihat2

lupe pulak nak state, jarum dia besar gilaaaa nak mati. mau pengsan. haha. dah la sebelum tu ada akak tu pengsan lepas derma darah. ade pulak yang lebam. mak aih, memang kus semangat la. nak give up pon ada rasenya. dah la ada orang tu janji nak teman, tapi lari x sanggup tengok jarum. HAHAHA. melukut di tepi gantang lagi. tapi once aku dah bertekad nak, teruskan je la walau ape pon yang melanda. ecewaah. alhamdulillah everything goes so well according to His plan. tade lebam tade pengsan semua. :) aku rase la kan semua ketakutan tu hanyalah mind set. once dah set mind tu takut, mmg takut la. tapi tu la anis syahirah. ketakutan untuk cakap kat depan tu tak boleh nk get over. sampai bila haa ? sampai bila ?

seingat aku la kan, kebaikan dia ;

mengetahui tahap kesihatan. ye la kalau tibe2 ada penyakit selama ni tataw ke, bila nk derma darah tu, dia wat check-up la. tengok kandungan haemoglobin bape, blood pressure bape etc2. so kalau ada penyakit tu bole la,  dapat kan further treatment

err, mengurangkan risiko sakit jantung ? sebab kandungan iron dalam darah berkurangan. iron ni oksidan yang meningkatkan free radical dalam tubuh. ooo, baru tahu sebab ape wanita kurang cenderung untuk dapat sakit jantung. sebab ape ? sebab wanita ada haid. so, kadar iron dalam badan tu hanyalah 300 mg berbanding lelaki yang kadar iron dalam badan 1000 mg. :) see wanitaa, bersyukur lah. 

lepas tu, merangsang badan untuk menghasilkan sel darah baru. so sel darah baru tu berupaya untuk bawak oksigen dengan lebih efektif.
*ceh, guna bahasa melayu*

ciri-ciri penderma darah. :)

* Berumur 18 hingga 65 tahun.Berat badan melebihi 45 kilogram.


* Tahap haemoglobin sekurang-kurangnya 12.5 peratus.

* Tidak menghidap penyakit kronik.


* Tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma.



* Tidak mengambil ubat antibiotik, kecuali dengan kebenaran doktor.

* Tidur melebihi lima jam pada malam sebelum hari menderma.
*nak highlight yang tu je sebenarnya* memang confirm2 la boleh derma sebab overslept. HAHA
p/s : thankyou for coming here on that day:)

No comments: