Wednesday, February 29, 2012

guide me, Ya Allah :'(

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

Ok, fikiran tengah kusut yang amat sangat. Tataw nak buat apa. Susah jugak tade tempat nk luah ni. Yang paham apa yang ada dalam fikiran ni. Tak payah cakap pon tape, dia da paham setiap tingkah laku kita. Dulu punya la tak nak orang yang dapat baca fikiran kita. Sekarang ni, padan mukaaa kan. Tade sape paham dan tade sapa boleh nasihat apa yang perlu aku lakukan. -.-


Serious tataw jalan keluar dari kebuntuan ni. Ya Allah, guide me. Aku hanya insan yang lemah T__T

Kalau ini yang terbaik untukku, maka permudahkanlah jalan untukku. Kalau ini bukan rezekiku, maka Kau redhakanlah hati dan Kau jauhkan ia dariku. Hanya Kau tempat aku meminta pertolongan dan hanya Kau Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengasihani.


-.-

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

Rase bersalah dan berdosa kat diri sendiri. Ok, keliru dengan apa yang aku tengah buat. Aku tak reti bab2 ni. Aku nak consult sape ni ? Nak cakap kat awak-awak sekalian, mcm tak proper je. Tapi dah terlepas ckp dah pon. Tataw nak patah balik macam mana. Screww youu lah, Anis Syahirah. Nak cakap kat anda-anda sekalian pulak, tak reti. Nanti kena tembak balik. Tak suka la mcm ni.

Taw tak macam mane rase geram dengan diri sendiri ?

Ni la pompuan, pk complex sangat. Padahal bole je settle cara simple. Just stop your action !! Tapi ye la, cakap senang, nak buat tu susah. Dont trust your word but your action !!!!!!!

Wake up young lady. Sampai bila nak jadi macam ni ? Sampai bila pon benda ni tak settle kalau asyik mcm ni. Tade courage.

p/s : I hurt my love ones. Sorry for asking that question. Ni la padah tak pk dulu. Mainn caaaakap ikut sedap mulut je

Monday, February 27, 2012

Jaoh di Istad tapi dekat di hati :)


In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

Semalam ada mesyuarat rumah tergempar. Bukan la mesyuarat pon sebenarnya. Tapi just nak borak-borak. Lepas tu keluar la cte pasal rumah Nomey ngan Izzah nak sorang lagi housemate sebabnya housemate medic diorang dah pindah keluar. Ye la maklum la, Nomey ngn Izzah tu budak gigi. Senang nak study la kot kalau medic-medic, dentist-dentist.

Rumah kitorang pulak ada 5 orang tapi bilik 4 je. Masing-masing nak bilik sorang satu. Nak tak nak, 2 orang kena kongsi satu bilik. Sebab tak nak tak adil. setiap tahun kena rotate bilik. Macam leceh la plk kan, kena main-main rotate ni. So, alang-alang dah ada bilik kosong kat rumah diorang, Nadia grab the chance la. Tapi setelah disertai solat Istikarah la. Lagipon 3-3 tu budak gigi. Senang la sikit kan.

Dengan tak semena-menanya, keluar la lacrimal fluid daripada lacrimal gland lalu dirembeskan ke lacrimal sac untuk dikeluarkan ke hidung dan lubang-lubang yang sepatutnya. Tanpa dapat ditahan-tahan. Keluar dengan laju nya setelah di initiate oleh Ain.



Nadia,
Kita kelu nak cakap depan-depan. Nadia sendiri tahu yang kite kan mmg fail sikit kalau bab2 ni. Kite nak mintak maaf dari vertex sampai la hujung kuku kaki. Banyak salah kite kat Nadia either intentionally or not. Kite nak mintak maap kalau2 kite ada terbuat benda yang Nadia tak suka, termasam muka ke, x menyahut Nadia panggil ke, terbengang ke. Dan banyak lagi sebenarnya salah kite kat Nadia.

Halalkan makan minum selama kite jadi housemate Nadia selama setahun setengah. Kalau2 ada terambil barang Nadia tanpa sengaja ke, terpotong line queue loo ke, mesin basuh ke, termakan lebih, terminum melebih2 ke, masak tak sedap ke, terlambat masak ke. *Ok, sebak sebenarnya ni.

Macam Nadia cakap yang Nadia banyak belajar benda drpd kitorang, kite pon belajar banyaak sangat benda daripada Nadia. Kepatuhan Nadia terhadap masa kite mmg cukup respek. Panctual gle. Kite harap kita boleh jadi mcm Nadia, selalu awal p kelas. Lepas ni dah tade Kari Mamak, kek coklat, nasik ayam T__T

InsyaAllah, ape yang Nadia tinggalkan kat umah ni, kitorang akan terus amalkan. Mesti rindu nak dengar Nadia kejutkan bangun subuh pagi2. Jerit suh turun awal p tweet. :)

Nadia, sorry banyak2 kite selalu bising kalau skype. Dah la pintu bilik kite x leh nk tutup rapat. Kesian Nadia. Dah la selalu je kite skype. Bukan jarang-jarang. Uhuk. Ampun bukk. :)

Kita merancang tapi Allah sebaik-baik perancang. Nanti, datang la umah ni selalu. You are always be a part of this family :) Rajin-rajin ziarah kitorang kat sini. Tak dok sebumbung tak bermakna kita tak jumpa kan ? Boleh je jumpa kat kelas. *ceh, macam nak pindah jaoh je kan. hehe

Sesungguhnya, orang-orang mukmin itu bersaudara (Al-Hujurat : 10)

Tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan pada hari Akhirat ;

1. Pemimpin yang adil 
2. Pemuda yang masa hidupnya digunakan untuk mengabdikan diri kepada Allah 
3. Orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid 
4. Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah, bertemu dan berpisah keranaNya 
5. Lelaki yang diajak berbuat maksiat oleh wanita bangsawan lagi cantik, tetapi dia menolak dengan berkata, `Saya takut kepada Allah`
6. Orang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi sehingga tangan dirinya tidak tahu apa yang disedekahkan tangan kanannya 
7. Orang yang selalu berzikir pada waktu sendirian hingga mengalir air mata.


(Hadis Sahih Bukhari)

SARANGAHAE, UNNIE !
Omputih cakap, I Love You *tolong translate kat Nadia*

Sunday, February 26, 2012

T_T

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

I cannot afford to loose you this time. Please !

T___________T

Teruk gelakkan orang, now 2 words serve you well, PADAN MUKA

daa laa kau tu mahal. tolong la sembuh. :'(

Friday, February 24, 2012

home to the sick

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

I wanna go homeeeeeeeeeee ! Aaaaa, homesick homesick homesick. Exam final nth bila habis. Nak book tiket pon mcm serba salah. Cepat la Julyyy. Can we skip March, April, May and June ?

Nak balik rumah. Nak jumpa ramai orang. Nak peluk semua orang. Nak makan macam macam,

satay baung
mihun maa
nasik ayam mak
nasik dagang tok ma
mihun sup mak
kfc mesia
sizzling kb mall
char kue teow tesco
tomyam kahfi
masing-masing
cool blog
nugget tempura ramly
ayam goreng ayamas
choc indulgence secret recipe
kek muhibah pon boleyy.

waiting list byk lagi tapi x larat nk tulis. I need all those right now. Stresssssssssssssssss !!

Kadang-kadang letih dengan persekitaran. Nak lari dari Tanta, dah lari dah. Alex ke Cairo ke x jadi jugak. So kesimpulannya, kena lari balik Malaysiaaa ! Oh, nak terguling-guling nak balik rumahh. 

Home is where my heart is.

kang ada yang leleh tak pasal-pasal tengok gamba ni







I want them so badly pleaseee ! Give me them.

Ya Allah, aku serahkan mereka dalam jagaan Kau, Ya Allah :'(

p/s : thnks fr calling from that distant. :)
In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

Ingatkan diri dah cukup matang nak jeles jeles bagai. Tapi sebenarnya tak.

Mulut kata tak, tapi hati ?

Jangan contol hidup saya macam budak sekolah boleh ?


A jealous girl is a faithful girl, If she does`nt get jealous when someone has your attention, It`s because you don`t have her.



Monday, February 20, 2012

diselar

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

Oh, I want this so desperatelyyyyyyy.



It is soo cool ada benda alah ni

Digital habes laaaa.

Oh boyyyyy, it cant be helped !!

I WANT THIS.

Lets ikat perut kumpul duit. Mak cakap, nak this-so-called kamera gajah ni kena la kumpul duit sendiri. Eh, sebelum ni pon guna duit hasil titik peluh tabung sendiri ape ? Hikhikhik


meet my first babyyyy !

p/s : dulu selalu dok berangan nak kawin dengan doktor muslim yang fotog. huhu

Saturday, February 18, 2012

hakikat hidup.

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful


Hakikat yang hidup pasti akan mati kan ? 


Usia yang berkat,
Pendeknya bermanfaat,
Panjangnya melimpah kebaktian

Allah Allah Allah, kematian tu sangat dekat dengan kita. Hari hari dengar berita kematian. Dengan isu Syria, Palestin dan lain-lain, Beribu-ribu umat Islam mati syahid. Moga kalian ditempatkan diletakkan di tempat yang sebaik-baiknya. 

Sebaik je kita dilahirkan `kuakuakua` nangis, ayah akan azan kat telinga kanan dan iqamat kat telinga kiri. Dan bila kita meninggal dunia, kita akan disolatkan. Hidup kita ni singkat je kan ? Seolah-olah di antara iqamat dan azan dengan solat je. Allahu Rabbi. Hidup macam persinggahan je. Matlamat kita kat sana kan ? Kat Akhirat yang kekal.

Katakanlah, ‘Sesungguhnya kematian yang kamu lari dari padanya, maka sesungguhnya 
kematian itu akan menemui kamu.” ( Al-Jumu’ah: 8).

Allah, ingat mati dapat pahala besar. Sebab ape ? Sebabnya, kita akan melupakan keseronakan kat dunia yang sementara ni. Fokus kat Akhirat. Malaikat maut melawat kita 70 kali dalam masa 24 jam. Allah, kalau kita nampak malaikat tu, nescaya kita nak beribadat 24 jam. Tapi sebab malaikat tu makhluk ghaib, kita tak nampak, kadang2 kita lupe, kita lalai.

Bila dah sampai ajal kita, tanpa delay sesaat pon, nyawa akan terpisah dari jasad.

`Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu (ajal), maka apabila telah datang waktunya (ajalnya) mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak pula mempercepatkannya`. (Al-A`araaf :34)

Sebenarnya, pointnya, nak cakap yang Ayah Lie meninggal dunia petang tadi. Al-Fatihah kepada arwah. Terkejut jugak sebab baru je 2-3 hari lepas dengar arwah masuk hospital. Then, masa kol abah 2 hari lepas, abah kat hospital ziarah. Sape sangka, summer break lepas, kali terakhir jumpa. Moga Mama Nun dan keluarga tabah meniti hari-hari tanpa arwah di sisi. 

InsyaAllah, arwah bersama orang-orang soleh di sisiNYA.

Peringatan untuk diri sendiri jugak. Muhasabah diri balik. Muhasabahkan macam charger kehidupan :)


p/s : Happy growing old, Azyan A.Aziz. No more teen years, bebeyh. Saranghae, unnie :)






Sunday, February 12, 2012

rindu bertandang di hati

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful



Mak cik,, rindu kau laaaa. Sebab tu aku call kauu. Tapi kau kan busy mengalahkan Yang Berhormat, tak nak layan aku. hehe. 

Rindu nak dengar bebelan kau yang macam bertih jagung tuu. Laju gile kalah train weyh. Aku nak mencelah pon tak berjaya. hehe. 

Pagi ni je aku ada jiwa nak share story ni. Kau pulak busy. -.- Esk subuh, aku tak pasti la aku ada jiwa lagi ke tak. hahaha 

p/s : Sayang kauuu *jarang ni aku cakap sayang kat kauu*

Wednesday, February 8, 2012

Damietta, Egypt

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

Winter break kali ni macam melampau je berjalannya. Teruk gila kot. Tak lekat kat umah langsung. Badan pon dah letih kot. Sampai selsema, batuk, nak muntah2 bagai. Ni petang ni nak p Mansoura plk. Nak dating ngn doctor pulak. Dah dekat sebulan kot x p tukar gigi. Wire dah terlebih2 excess daa ni. -.-

Kali ni plan p Dumyat aka Damietta pulak. Plannye hari Ahad, nak p nya hari Isnin. Kalut la plan nak wat ape. Ingt nk p Balteem asalnya. Tapi Balteem tade menda pon. Pantai semata2. Orang tak p pantai la sejuk2 ni. Eheh.

Plan punya plan, p la Dumyat. Kat sini ada pertemuan antara Sungai Nil dan Laut Meditteranean.

Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedangkan keduanya pula bertemu. Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya. Manakah nikmat tuhanmu yang kamu dustakan ?
[Ar-Rahman 19-21] 

Ya Allah, aku bersyukur kepadaMU kerana aku berkesempatan melihat kebesaranMU melalui pemusafiranku di bumiMU Ya Allah :)

Main gamble je p tu. Bawak ayam nak BBQ, snack2, air tong besar sampai 2 botol, mee goreng basah nomey, mihun goreng, nasi goreng. Fuhh, makanan macam tanakk balik 4 hari. Hee. Kumpul2 kat Umah Is, Jay, Tasnim kul 8 pagi. Hampir 3 jam la jugak dalam tremco tu. Dumyat ni atas lagi dari Mansoura. 


Sampai2 je semua macam speechless. Mybe sebab dah tengok Matruh ngn Dahab yang memang pusat pelancongan kot. Hee. Tu la, jangan nak letak high expectation lagi. Tapi kat situ boleh kutip keranggg. Bukan kulit kerang. Tapi kerang betul.



spot the same height 



See, air tak sebiru kat Matruh ngn Dahab. Tapi tape la, dapat tgok laut versi kat Mesia plk. Rindu Malaysiaa kot.

Ustaz buat kuih seri muka. Sedap :)



Sungai Nil ni bukan ada kat Mesir je. Tapi merentasi negara Utopia, Sudan, Uganda, Kinia, Tanzani, Zaeer, Borondy. Panjang dia jangan cakap la. 6695 KM. mak aih. Hebat2. Sungai Nil ni sumber air kat Mesir. Tapi takot jugak la sebab mase blaja zoology tahun lepas, banyak sangat parasite. hoho

The comelest gambar :)


Keje nye dok bergamba je. Naseb baik la ada fotog tetap p sama. eheh. Semua pass kamera kat depa je.

Belakang tu penamat Sungai Nil. 


spot the light house at the back






Lupe nak state sape pegi. Is, Jay, Tasnim, Izzah (mak), Nomey, Filza, Kimah, Atin, Azyan last but not least, ai laa, bersama 2 orang mushrif. :)



Perginya 13 orang je. Tapi makanan macam nak jamu 50 orang. Ayam 3 kilo, sosej 2 paket besar, dadih mango, kasted jagung, mee goreng basah, mihun goreng ngn nasi goreng, roti tuna bla bla bla. See, I told you, banyak gilaa makanan. Pecah perut makan. Rasulullah pesan perut tu 1/3 untuk makan, 1/3 untuk minuman, lps tu 1/3 tu tinggalkan  untuk udara. Tapi bnatai 3/3 untuk makanan. Minuman pon tak minum sgt. HAHAHA.


Seronok kot BBQ ngn diorang. Sambil bakar ayam sambil gosip. Semua ct kua. Kimah memang mamarazi terbaik lahh :) Stalker habes. :)) Yeay, dapat korek mak punya gosip. 


Nah, amik ko kerang yang dikutip. 2 besen besar. Sedap tapi berpasir gilaaaaa. Anggap je la crunchy ye


Hoho. Lepas ni plan nk g mana pulak ye ? *wondering* Hehe. Jom p Spain pulak nak ? @.@ Banyak ko punya fulus ?

p/s : How to overcome jelousy ? -.-

Friday, February 3, 2012

Taba-Dahab-Sinai

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

Winter break dah bermula daa. Tanta dah lama sunyi sepi. Tinggal aku je kat Tanta. Ok, tipu. Ada Azyan, Atin, Nadia, Jay, Is, Tasnim, dan 2 3 orang lagi budak kelas yang tak p oversea. So, ape lagi, daripada kitorang bermalas-malasan kat rumah, baiklah p jalan-jalan. 

Jay ajak Azyan, Atin, ngn aku join diorang p Sinai under kawan diorang. Fikir punya fikir, join je la sbb PCT lmbat kuarkan iklan p Sinai. Memang la biasa PCT akan wat ekspedisi ke Sinai tapi sebab dah dekat ngn winter break, tapi iklan tade lagi, takot la jugak PCT tanak buat tahun ni. Decide la nk p Sinai ikut diorang plk. Ye la , selama ni mana penah join diorang g jalan-jalan. Jap, nak warning, post ni agak panjang disertai dengan gamba yang sangat banyak. Kalau sanggup nak baca, baca la ye. :)

27 Januari 2012

So, aku, Azyan, Atin, Nadia gerak dari rumah kul 8.30 mlm. Kumpul kat umah Jay sebab tremco tempah kul 9 lebih. Excited2, sampai la Cairo dlm kul 12 lebih. Bas sampai dlm kul 1 lebih. Oh, lupe nak cakap, budak2 medic mansoura pon p skali. Rasenya third year. So, altogether, dlm 56 orang la. Sejuk gila pagi tu. Tu yang semua orang pakai bubble. Ok, saya nampak saaaaaaaaaaaaaangat la gemuk. Konon-konon kat oversea la ni. Kitorang budak Tanta sampai dulu, so ape lagi kan, sejuk sejuk pon sempat lagi snap gamba.




28 Januari 2012    
                        
Celik je mata tengok jam dah kul 5.30. Dah subuh. Pak cik bas berhenti kat RnR la kot. Alahai,  tetibe plk aku jumpa`traffic light merah`. Sabar je la kan. Air sejuk gilaaa plus dengan tandas yang tak berapa nak okay sangat, layaan je la. That`s common in Mesir bebeyh ! Okay, teruskan perjalanan ke Taba. Keje aku tidoo je dalam bas. Naik je bas, maka tertutup la mata aku. Sampai Taba je kul 8 kot. Ntah tak ingat. Ada ape kat Taba ? Kat situ, sempadan antara Mesir-Jordan-Arab Saudi-Israel. Tibe-tibe je dapat msg dr etisalat, Welcome back to Egypt. Daa sudahh, bila masa plk aku kuar Egypt. Aigoo. Ada ape lagi ye kat Taba ? Ada kubu Salahuddin Ayyubi. Kat Mesir ni ada 3. Satu kat Cairo, satu kat Alex satu lagi kat Taba. So far, pernah sampai kat Taba je. Yang lagi 2 tu tade rezeki lagi. InsyaAllah lepas ni.


Kami 12 orang :)

Tudiaaa diselar

cantiknya subhanallah. macam dalam lukisan. Lukisan Allah :)

Kasut kapel. Yeay, saya da ada pakwe

putih gle muka


Lepas snap snap gamba kat Taba, gerak p Dahab pulak. Panas gila. Kebulur gila. Sampai-sampai je terus serbu restoren Al-Fanar. Fuhh, best la jgk sebab nampak Junsu si dolphin. hee. Kat situ macam Husin kecik laa. Tapi mahal gila nak meninggal. Aigoo. Kena paw nak pak cik-pak cik kat sana. Sabar je la. Lepas makan sedap2 tu, check in hotel. Dok setengah jam kuar balik sebabnya nak p snorkelling. Okay, dengan keadaan aku yang merah semacam ni, nak tak nak terjun jugak la. Dah la aku ni bukan spesis ikan yang pandai berenang. Natijahnya, aku benamkan Azyan dalam Blue Hole. Blue Hole ni ada 6 je dalam dunia ni. Blue Hole ni ustaz kata teluk lepas tu tibe-tibe jadi dalam. Memang tak nampak ape dalam tu. Gelap je. Sebab aku dok asyik nak tebalik je dalam air je, so tak dapat nak menikmati sangat la that awesome view there. Tapi aku nampak kawan Nemo yang warna biru tu. Nemo taK pasti la pulak aku nampak ke tak. Konklusinya, AKU NAK HANTAR ANAK-ANAK AKU P BELAJAR BERENANG !! Tensen je dok asyik menenggelamkan anak orang dalam air ni. Tak pasal2 kena bahan 3 tahun setengah lepas ni, kan Azyan ?
Unta dan Mesir, macam sungai dan buaya. hehe

jeep biru, teringat Siwa. Otw nak p snorkelling

Ni selepas membenamkan Azyan dalam air. P makan lagi kat Al-Fanar tu. Kali ni makan seafood pulak. Yummy, I love seafood. Mana nak cari seafood fresh kat Mesir ? :( Woot woot, malam ni ada surprise kat birthday girl, Nomey. Sweet je kan, surprise macam tu. Ok, kalau aku jadi Nomey, memang dah tacing habes la.
BINTANG masa ni tengah banyak :)


birthday nomey :)
29 Januari 2012


Pagi-pagi lagi dah kena check out. Ok bilik dah la tade air. Bangun pulak dah lambat. Memang macam lipas kudung. Anis Syahirah, Anis Syahirah, ape la nak jadi ni ? Once again, p Al-Fanar, sarapan kat situ. Memang contract ngn restoren tu la kot. Makan tokmiah. Ok, makan seketul je. Masinnnn. Lepas tu p glass boat. Glass boat ni, boat yang ada cermin kat bawah dia. So boleh tgok segala jenis ikan, batu karang yang ada dalam air tu. Cantiknya, hanya Allah yang tahu. Sekeliling tu penuh dengan gunung-gunung. Macam kat oversea. Tape la x p Europe pon.




Lepas tu, gerak ke Semenanjung Sinai. Ye la, kate nak panjat gunung Sinai kan. Tapi sebelum tu, sempat ziarah Makan Nabi Salleh. Tapi banyak khilaf ustaz cakap, sama ada memang kat situ jasad Nabi Salleh ditanam atau tu hanya tempat persinggahan Nabi Salleh. Wallahualam. Kat belakang tu jugak ada makam 40 orang pengikut Nabi.





Singgah pulak, kat Wadi Arbain. Mata air. Ada 12. Eh tapi pelik la jgk ada 12 je tapi nama 40 (arbain). Curiosity kills the cat you know ? So tanya la Ustaz. Ustaz Am cakap, mata air untuk 40 orang pengikut Nabi Musa. Ustaz cite lagi, Nabi Musa melarikan diri dari Palestin ke Mesir seterusnya naik Bukit Sinai untuk bermunajat kepada Allah. Tapi, bila otw tu sana, mereka letih dan makanan dah bekalan air pon dah habis. Dengan mukjizat yang Allah kurniakan kepada Nabi Musa tu, maka terpancutlah air dari 12 mata air bila baginda ketuk batu besar tu dengan tongkat. Kat gmba bawah tu ada kesan lekukan. Subhanallah. Jalan yang aku daki ni pernah Nabi Allah daki jugak. Tapi letih jugak la nak sampai kat situ. Setengah jam jugak la mendaki. Ohoho, tu baru sikit ye.








30 Januari 2012


Ni baru kemuncaknya. Time nak daki Gunung Sinai. Ok, aku pon konfius, kejap gunung kejap bukit. daki kul 12 malam kot. Bayangkan, dok 6 orang dalam satu bilik yang sempit kenonet. Solat atas katil, iron atas katil, jalan pon atas katil. HAHA. Tapi naseb baik la kejap je. Rehat 3 ke 4 jam je. Lepas tu dah kena kumpul sbb nak panjat bukit tu kan. Gelap gelita ditambah dengan sejuk. Agak mencabar jugak la. Pakai baju tak yah cakap la. Berlapis-lapis. Inner, T-shirt, T-shirt, Sweater last skali bubble. Jalan pon dah rase macam angkasawan sesat kat padang pasir. -.- Gemuk gilaa. Rimas tak yah cakap la kann.



Nak tahu fakta tak ? Hasil pertanyaan Azyan kepada pak cik gugel, Sinai tu  2,282 m tinggi kot. Walaopon ada orang cakap hek ele, ni je ? Tapi rase da tabik spring kat diri sendiri sebab saya naik dengan kudrat kaki yang tak berapa nak gagah ni. Tak amik perkhidmatan unta pon ye. Alhamdulillah, maseh diberi kesempatan oleh Allah. Hm, tapi wa salute la same makcik minah salleh sebab macam orang muda gagah naik ke puncak tu. Siap bole pimpin aku lagi sebab aku tersalah pijak batu. Terseksa jangan cakap la.

Ada 7 check poin semuanya. Tapi ada 12 gerai kecik-kecik. Mahal tu jangan cakap la. Segelas air teh tu 10 genih aka 5 ringgit. Cekik darah betul. Check point 1-3 ak daki sorang-sorang kot. Naseb baik ada sorang gentleman *eceh* tolong pegangkan beg kejap sebab memang tenaga dah habis langsung. Cahaya ? Torchlight kecik kenonet je. Naseb baik p beli bateri sebelum tu. Jaoh glee check point tu. Dekat sejam jugak laa. Lps tu jumpa balik budak2 ni kat sana. Tapi seriously, jalan ngn budak2 laki time ni sangat membantu. Walaopon tak kenal sape, tapi kalau tade diorang tataw la wanita-wanita ni berjaya sampai ke tak. Dengan jalan yang berbatu, berpasir, angin yang macam 300km/sejam, tibe-tibe aku yang gemuk gedempol ni boleh ditiup angin. Naseb baik tak jatuh.

kat check point 5. Naseb baik ada rupa manusia lagi

3 jam lebih taw daki bukit tu. Stamina aku dah la kurang gle. Jalan macam satu tapak 10 cm je. Sampai puncak kul 5 rasenya. Sejuk jangan cakap la. Dah tak rase tangan dah. Kebas gila nak mati. Sebab tak cukup tdo, sampai2 je cari saratoga (20 genih okayy) tdo dalam keadaan yang tak sepatotnya aku tdo. HAHA. Kononnya nak tgok sunrise. Tapi sebab hujan yang turun macam anjing dan kucing  (baca: rain cats and dogs) matahari pon tak nampak. Aigoo. Tade rezeki. Sebab sejuk sangat, tak rase nak amik gambar pon. :( Tibe2 menyesal la jugak. Ingatkan dapat pegang snow. tp baju basah dengan hujan. Lenjun haes. Baju, beg, seluar, semua la pendek kate.

Haa, masa nak turun tu aku sorang-sorang laki sampai bawah. Laluan turun ada 2. Dah shortcut, aku shortcut kan lagi. Supershortcut la. NAk shortcut lagi sebenarnya tapi kena marah dengan Arab tu sebab dia cakap bahaya. Ok la sebab aku sorang, ikot laa. Depan belakang tade orang last-last tu. Jalan pon main ikot instinct je. Hoho



Sebelum balik Cairo tu, sempat singgah Lembu Samiri ngn Makam Nabi HArun. Tp aku tak berdaya nak turun bas nak panjat Lembu Samiri tu. Hoho. Tapi yang nak p Makam Nabi Harun tu, aku turun la sebab macam rugi kalau tak ziarah makam nabi. Tapi sebab makam tu atas bukit, aku berdaya separuh je. Ammik gmba dari bawah bukit je laa dengan Tasnim. Dia pon dah tak larat. Hehe



31 Januari 2012


Sampai Cairo dlm kul 11 malam. Tunggu tremco ada la dekat sejam tak sampai-sampai. LApa gile. Pekena Hadaralmaut sat. Kenyang gila. Dalam tremco, tdo la kejenye. Sampai umah kul 4.30 pagi. Terbaek ! Masuk bilik tdo lagi. -.- Bangun esk tu tak yah tanya la kul bape. Tak bangun kot !! HAHA.

Syok la jalan dengan korang-korang. Thnks Jay, Izzah, Azyan, Atin, Is, Tasnim, Sabira, Nadia, Wan. :) Nanti boleh teroka Mesir lagi ye. Banyak lagi tempat kat Mesir ni. Mesir kat luas. Setelah 3 hari balik, kaki maseh lagi sakit. Jalan macam x stabil. :(

rombongan cik kiah

kat Al-Fanar

atas puncak :)

lembu samiri

lenjun semuaa
Aku belajar banyak benda dari trip kali ni. Salah satunye, You will never love people until you know them. Orang yang aku cakap, aku confirm tak leh nak bergaul sgt, boleh je sebenarnya. Boleh je. Anis Syahirah, don`t judge ppl based on the first impression. Sbb tak semestinya first impression tu betol :)