Friday, February 3, 2012

Taba-Dahab-Sinai

In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

Winter break dah bermula daa. Tanta dah lama sunyi sepi. Tinggal aku je kat Tanta. Ok, tipu. Ada Azyan, Atin, Nadia, Jay, Is, Tasnim, dan 2 3 orang lagi budak kelas yang tak p oversea. So, ape lagi, daripada kitorang bermalas-malasan kat rumah, baiklah p jalan-jalan. 

Jay ajak Azyan, Atin, ngn aku join diorang p Sinai under kawan diorang. Fikir punya fikir, join je la sbb PCT lmbat kuarkan iklan p Sinai. Memang la biasa PCT akan wat ekspedisi ke Sinai tapi sebab dah dekat ngn winter break, tapi iklan tade lagi, takot la jugak PCT tanak buat tahun ni. Decide la nk p Sinai ikut diorang plk. Ye la , selama ni mana penah join diorang g jalan-jalan. Jap, nak warning, post ni agak panjang disertai dengan gamba yang sangat banyak. Kalau sanggup nak baca, baca la ye. :)

27 Januari 2012

So, aku, Azyan, Atin, Nadia gerak dari rumah kul 8.30 mlm. Kumpul kat umah Jay sebab tremco tempah kul 9 lebih. Excited2, sampai la Cairo dlm kul 12 lebih. Bas sampai dlm kul 1 lebih. Oh, lupe nak cakap, budak2 medic mansoura pon p skali. Rasenya third year. So, altogether, dlm 56 orang la. Sejuk gila pagi tu. Tu yang semua orang pakai bubble. Ok, saya nampak saaaaaaaaaaaaaangat la gemuk. Konon-konon kat oversea la ni. Kitorang budak Tanta sampai dulu, so ape lagi kan, sejuk sejuk pon sempat lagi snap gamba.




28 Januari 2012    
                        
Celik je mata tengok jam dah kul 5.30. Dah subuh. Pak cik bas berhenti kat RnR la kot. Alahai,  tetibe plk aku jumpa`traffic light merah`. Sabar je la kan. Air sejuk gilaaa plus dengan tandas yang tak berapa nak okay sangat, layaan je la. That`s common in Mesir bebeyh ! Okay, teruskan perjalanan ke Taba. Keje aku tidoo je dalam bas. Naik je bas, maka tertutup la mata aku. Sampai Taba je kul 8 kot. Ntah tak ingat. Ada ape kat Taba ? Kat situ, sempadan antara Mesir-Jordan-Arab Saudi-Israel. Tibe-tibe je dapat msg dr etisalat, Welcome back to Egypt. Daa sudahh, bila masa plk aku kuar Egypt. Aigoo. Ada ape lagi ye kat Taba ? Ada kubu Salahuddin Ayyubi. Kat Mesir ni ada 3. Satu kat Cairo, satu kat Alex satu lagi kat Taba. So far, pernah sampai kat Taba je. Yang lagi 2 tu tade rezeki lagi. InsyaAllah lepas ni.


Kami 12 orang :)

Tudiaaa diselar

cantiknya subhanallah. macam dalam lukisan. Lukisan Allah :)

Kasut kapel. Yeay, saya da ada pakwe

putih gle muka


Lepas snap snap gamba kat Taba, gerak p Dahab pulak. Panas gila. Kebulur gila. Sampai-sampai je terus serbu restoren Al-Fanar. Fuhh, best la jgk sebab nampak Junsu si dolphin. hee. Kat situ macam Husin kecik laa. Tapi mahal gila nak meninggal. Aigoo. Kena paw nak pak cik-pak cik kat sana. Sabar je la. Lepas makan sedap2 tu, check in hotel. Dok setengah jam kuar balik sebabnya nak p snorkelling. Okay, dengan keadaan aku yang merah semacam ni, nak tak nak terjun jugak la. Dah la aku ni bukan spesis ikan yang pandai berenang. Natijahnya, aku benamkan Azyan dalam Blue Hole. Blue Hole ni ada 6 je dalam dunia ni. Blue Hole ni ustaz kata teluk lepas tu tibe-tibe jadi dalam. Memang tak nampak ape dalam tu. Gelap je. Sebab aku dok asyik nak tebalik je dalam air je, so tak dapat nak menikmati sangat la that awesome view there. Tapi aku nampak kawan Nemo yang warna biru tu. Nemo taK pasti la pulak aku nampak ke tak. Konklusinya, AKU NAK HANTAR ANAK-ANAK AKU P BELAJAR BERENANG !! Tensen je dok asyik menenggelamkan anak orang dalam air ni. Tak pasal2 kena bahan 3 tahun setengah lepas ni, kan Azyan ?
Unta dan Mesir, macam sungai dan buaya. hehe

jeep biru, teringat Siwa. Otw nak p snorkelling

Ni selepas membenamkan Azyan dalam air. P makan lagi kat Al-Fanar tu. Kali ni makan seafood pulak. Yummy, I love seafood. Mana nak cari seafood fresh kat Mesir ? :( Woot woot, malam ni ada surprise kat birthday girl, Nomey. Sweet je kan, surprise macam tu. Ok, kalau aku jadi Nomey, memang dah tacing habes la.
BINTANG masa ni tengah banyak :)


birthday nomey :)
29 Januari 2012


Pagi-pagi lagi dah kena check out. Ok bilik dah la tade air. Bangun pulak dah lambat. Memang macam lipas kudung. Anis Syahirah, Anis Syahirah, ape la nak jadi ni ? Once again, p Al-Fanar, sarapan kat situ. Memang contract ngn restoren tu la kot. Makan tokmiah. Ok, makan seketul je. Masinnnn. Lepas tu p glass boat. Glass boat ni, boat yang ada cermin kat bawah dia. So boleh tgok segala jenis ikan, batu karang yang ada dalam air tu. Cantiknya, hanya Allah yang tahu. Sekeliling tu penuh dengan gunung-gunung. Macam kat oversea. Tape la x p Europe pon.




Lepas tu, gerak ke Semenanjung Sinai. Ye la, kate nak panjat gunung Sinai kan. Tapi sebelum tu, sempat ziarah Makan Nabi Salleh. Tapi banyak khilaf ustaz cakap, sama ada memang kat situ jasad Nabi Salleh ditanam atau tu hanya tempat persinggahan Nabi Salleh. Wallahualam. Kat belakang tu jugak ada makam 40 orang pengikut Nabi.





Singgah pulak, kat Wadi Arbain. Mata air. Ada 12. Eh tapi pelik la jgk ada 12 je tapi nama 40 (arbain). Curiosity kills the cat you know ? So tanya la Ustaz. Ustaz Am cakap, mata air untuk 40 orang pengikut Nabi Musa. Ustaz cite lagi, Nabi Musa melarikan diri dari Palestin ke Mesir seterusnya naik Bukit Sinai untuk bermunajat kepada Allah. Tapi, bila otw tu sana, mereka letih dan makanan dah bekalan air pon dah habis. Dengan mukjizat yang Allah kurniakan kepada Nabi Musa tu, maka terpancutlah air dari 12 mata air bila baginda ketuk batu besar tu dengan tongkat. Kat gmba bawah tu ada kesan lekukan. Subhanallah. Jalan yang aku daki ni pernah Nabi Allah daki jugak. Tapi letih jugak la nak sampai kat situ. Setengah jam jugak la mendaki. Ohoho, tu baru sikit ye.








30 Januari 2012


Ni baru kemuncaknya. Time nak daki Gunung Sinai. Ok, aku pon konfius, kejap gunung kejap bukit. daki kul 12 malam kot. Bayangkan, dok 6 orang dalam satu bilik yang sempit kenonet. Solat atas katil, iron atas katil, jalan pon atas katil. HAHA. Tapi naseb baik la kejap je. Rehat 3 ke 4 jam je. Lepas tu dah kena kumpul sbb nak panjat bukit tu kan. Gelap gelita ditambah dengan sejuk. Agak mencabar jugak la. Pakai baju tak yah cakap la. Berlapis-lapis. Inner, T-shirt, T-shirt, Sweater last skali bubble. Jalan pon dah rase macam angkasawan sesat kat padang pasir. -.- Gemuk gilaa. Rimas tak yah cakap la kann.



Nak tahu fakta tak ? Hasil pertanyaan Azyan kepada pak cik gugel, Sinai tu  2,282 m tinggi kot. Walaopon ada orang cakap hek ele, ni je ? Tapi rase da tabik spring kat diri sendiri sebab saya naik dengan kudrat kaki yang tak berapa nak gagah ni. Tak amik perkhidmatan unta pon ye. Alhamdulillah, maseh diberi kesempatan oleh Allah. Hm, tapi wa salute la same makcik minah salleh sebab macam orang muda gagah naik ke puncak tu. Siap bole pimpin aku lagi sebab aku tersalah pijak batu. Terseksa jangan cakap la.

Ada 7 check poin semuanya. Tapi ada 12 gerai kecik-kecik. Mahal tu jangan cakap la. Segelas air teh tu 10 genih aka 5 ringgit. Cekik darah betul. Check point 1-3 ak daki sorang-sorang kot. Naseb baik ada sorang gentleman *eceh* tolong pegangkan beg kejap sebab memang tenaga dah habis langsung. Cahaya ? Torchlight kecik kenonet je. Naseb baik p beli bateri sebelum tu. Jaoh glee check point tu. Dekat sejam jugak laa. Lps tu jumpa balik budak2 ni kat sana. Tapi seriously, jalan ngn budak2 laki time ni sangat membantu. Walaopon tak kenal sape, tapi kalau tade diorang tataw la wanita-wanita ni berjaya sampai ke tak. Dengan jalan yang berbatu, berpasir, angin yang macam 300km/sejam, tibe-tibe aku yang gemuk gedempol ni boleh ditiup angin. Naseb baik tak jatuh.

kat check point 5. Naseb baik ada rupa manusia lagi

3 jam lebih taw daki bukit tu. Stamina aku dah la kurang gle. Jalan macam satu tapak 10 cm je. Sampai puncak kul 5 rasenya. Sejuk jangan cakap la. Dah tak rase tangan dah. Kebas gila nak mati. Sebab tak cukup tdo, sampai2 je cari saratoga (20 genih okayy) tdo dalam keadaan yang tak sepatotnya aku tdo. HAHA. Kononnya nak tgok sunrise. Tapi sebab hujan yang turun macam anjing dan kucing  (baca: rain cats and dogs) matahari pon tak nampak. Aigoo. Tade rezeki. Sebab sejuk sangat, tak rase nak amik gambar pon. :( Tibe2 menyesal la jugak. Ingatkan dapat pegang snow. tp baju basah dengan hujan. Lenjun haes. Baju, beg, seluar, semua la pendek kate.

Haa, masa nak turun tu aku sorang-sorang laki sampai bawah. Laluan turun ada 2. Dah shortcut, aku shortcut kan lagi. Supershortcut la. NAk shortcut lagi sebenarnya tapi kena marah dengan Arab tu sebab dia cakap bahaya. Ok la sebab aku sorang, ikot laa. Depan belakang tade orang last-last tu. Jalan pon main ikot instinct je. Hoho



Sebelum balik Cairo tu, sempat singgah Lembu Samiri ngn Makam Nabi HArun. Tp aku tak berdaya nak turun bas nak panjat Lembu Samiri tu. Hoho. Tapi yang nak p Makam Nabi Harun tu, aku turun la sebab macam rugi kalau tak ziarah makam nabi. Tapi sebab makam tu atas bukit, aku berdaya separuh je. Ammik gmba dari bawah bukit je laa dengan Tasnim. Dia pon dah tak larat. Hehe



31 Januari 2012


Sampai Cairo dlm kul 11 malam. Tunggu tremco ada la dekat sejam tak sampai-sampai. LApa gile. Pekena Hadaralmaut sat. Kenyang gila. Dalam tremco, tdo la kejenye. Sampai umah kul 4.30 pagi. Terbaek ! Masuk bilik tdo lagi. -.- Bangun esk tu tak yah tanya la kul bape. Tak bangun kot !! HAHA.

Syok la jalan dengan korang-korang. Thnks Jay, Izzah, Azyan, Atin, Is, Tasnim, Sabira, Nadia, Wan. :) Nanti boleh teroka Mesir lagi ye. Banyak lagi tempat kat Mesir ni. Mesir kat luas. Setelah 3 hari balik, kaki maseh lagi sakit. Jalan macam x stabil. :(

rombongan cik kiah

kat Al-Fanar

atas puncak :)

lembu samiri

lenjun semuaa
Aku belajar banyak benda dari trip kali ni. Salah satunye, You will never love people until you know them. Orang yang aku cakap, aku confirm tak leh nak bergaul sgt, boleh je sebenarnya. Boleh je. Anis Syahirah, don`t judge ppl based on the first impression. Sbb tak semestinya first impression tu betol :)


No comments: