Monday, February 27, 2012

Jaoh di Istad tapi dekat di hati :)


In the Name of Allah the Most Gracious and Merciful

Semalam ada mesyuarat rumah tergempar. Bukan la mesyuarat pon sebenarnya. Tapi just nak borak-borak. Lepas tu keluar la cte pasal rumah Nomey ngan Izzah nak sorang lagi housemate sebabnya housemate medic diorang dah pindah keluar. Ye la maklum la, Nomey ngn Izzah tu budak gigi. Senang nak study la kot kalau medic-medic, dentist-dentist.

Rumah kitorang pulak ada 5 orang tapi bilik 4 je. Masing-masing nak bilik sorang satu. Nak tak nak, 2 orang kena kongsi satu bilik. Sebab tak nak tak adil. setiap tahun kena rotate bilik. Macam leceh la plk kan, kena main-main rotate ni. So, alang-alang dah ada bilik kosong kat rumah diorang, Nadia grab the chance la. Tapi setelah disertai solat Istikarah la. Lagipon 3-3 tu budak gigi. Senang la sikit kan.

Dengan tak semena-menanya, keluar la lacrimal fluid daripada lacrimal gland lalu dirembeskan ke lacrimal sac untuk dikeluarkan ke hidung dan lubang-lubang yang sepatutnya. Tanpa dapat ditahan-tahan. Keluar dengan laju nya setelah di initiate oleh Ain.



Nadia,
Kita kelu nak cakap depan-depan. Nadia sendiri tahu yang kite kan mmg fail sikit kalau bab2 ni. Kite nak mintak maaf dari vertex sampai la hujung kuku kaki. Banyak salah kite kat Nadia either intentionally or not. Kite nak mintak maap kalau2 kite ada terbuat benda yang Nadia tak suka, termasam muka ke, x menyahut Nadia panggil ke, terbengang ke. Dan banyak lagi sebenarnya salah kite kat Nadia.

Halalkan makan minum selama kite jadi housemate Nadia selama setahun setengah. Kalau2 ada terambil barang Nadia tanpa sengaja ke, terpotong line queue loo ke, mesin basuh ke, termakan lebih, terminum melebih2 ke, masak tak sedap ke, terlambat masak ke. *Ok, sebak sebenarnya ni.

Macam Nadia cakap yang Nadia banyak belajar benda drpd kitorang, kite pon belajar banyaak sangat benda daripada Nadia. Kepatuhan Nadia terhadap masa kite mmg cukup respek. Panctual gle. Kite harap kita boleh jadi mcm Nadia, selalu awal p kelas. Lepas ni dah tade Kari Mamak, kek coklat, nasik ayam T__T

InsyaAllah, ape yang Nadia tinggalkan kat umah ni, kitorang akan terus amalkan. Mesti rindu nak dengar Nadia kejutkan bangun subuh pagi2. Jerit suh turun awal p tweet. :)

Nadia, sorry banyak2 kite selalu bising kalau skype. Dah la pintu bilik kite x leh nk tutup rapat. Kesian Nadia. Dah la selalu je kite skype. Bukan jarang-jarang. Uhuk. Ampun bukk. :)

Kita merancang tapi Allah sebaik-baik perancang. Nanti, datang la umah ni selalu. You are always be a part of this family :) Rajin-rajin ziarah kitorang kat sini. Tak dok sebumbung tak bermakna kita tak jumpa kan ? Boleh je jumpa kat kelas. *ceh, macam nak pindah jaoh je kan. hehe

Sesungguhnya, orang-orang mukmin itu bersaudara (Al-Hujurat : 10)

Tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan pada hari Akhirat ;

1. Pemimpin yang adil 
2. Pemuda yang masa hidupnya digunakan untuk mengabdikan diri kepada Allah 
3. Orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid 
4. Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah, bertemu dan berpisah keranaNya 
5. Lelaki yang diajak berbuat maksiat oleh wanita bangsawan lagi cantik, tetapi dia menolak dengan berkata, `Saya takut kepada Allah`
6. Orang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi sehingga tangan dirinya tidak tahu apa yang disedekahkan tangan kanannya 
7. Orang yang selalu berzikir pada waktu sendirian hingga mengalir air mata.


(Hadis Sahih Bukhari)

SARANGAHAE, UNNIE !
Omputih cakap, I Love You *tolong translate kat Nadia*

No comments: